Harian Metro

Bapa durjana

Lelaki warga India didakwa rogol, persetubuh­an luar tabii anak kandung berusia tiga tahun

- Oleh Izz Laily Hussein am@hmetro.com.my Johor Bahru

Lelaki warga India dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, semalam atas dua pertuduhan merogol dan melakukan persetubuh­an luar tabii terhadap anak kandungnya, bulan lalu.

Tertuduh yang berusia 45 tahun bagaimanap­un mengaku tidak bersalah bagi kedua-dua pertuduhan selepas dibacakan jurubahasa mahkamah dalam bahasa Tamil di hadapan Hakim Siti Noraida Sulaiman.

Berdasarka­n pertuduhan pertama, bapa kepada lima anak itu didakwa merogol anak perempuan bongsunya yang berusia tiga tahun 11 bulan yang mana perhubunga­n lelaki itu dengan mangsa adalah tidak dibenarkan mengikut undang-undang.

Bagi perbuatan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 376(3) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 30 tahun dan sebat sehingga 10 sebatan, jika sabit kesalahan.

Manakala bagi pertuduhan kedua, tertuduh didakwa dengan sengaja melakukan persetubuh­an yang bertentang­an dengan aturan tabii terhadap kanak-kanak yang sama dengan memasukkan zakarnya dalam dubur mangsa tanpa kerelaanny­a.

Pendakwaan bagi tuduhan kedua pula dibuat mengikut Seksyen 377C Kanun Keseksaan yang memperuntu­kkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebat, jika sabit kesalahan.

Kedua-dua perbuatan itu didakwa dilakukan tertuduh dalam bilik air di rumah keluarga itu dekat Taman Bukit Mewah, Tampoi di sini, 13 Disember tahun lalu.

Timbalan Pendakwa Raya Danial Munir tidak menawarkan sebarang jaminan terhadap tertuduh dengan alasan kedua-dua perbuatan itu adalah kesalahan serius yang tidak boleh dijamin.

“Pada masa sama, tertuduh tinggal sebumbung bersama mangsa yang juga anak kandungnya dan wujud kebarangka­lian yang sangat tinggi untuk tertuduh mengganggu serta berhubung dengan mangsa,” jelasnya. Mahkamah bersetuju tidak membenarka­n tertuduh yang tidak diwakili peguam itu diikat jamin sebelum menetapkan 12 Mac depan untuk sebutan semula bagi pengurusan kes dan serahan dokumen serta lantikan peguam.

Difahamkan, tertuduh yang juga penganggur ditahan polis jam 11 pagi, 28 Disember tahun lalu selepas polis menerima laporan daripada isterinya iaitu ibu kanak-kanak berkenaan.

Lelaki itu tidak mempunyai rekod jenayah lampau dan memasuki negara ini secara sah menggunaka­n pas lawatan sosial.

Kejadian itu dikatakan berlaku ketika isterinya yang juga rakyat tempatan keluar bekerja di Singapura dan ketika itu, tertuduh hanya tinggal bersama mangsa dan dua anak yang lain manakala dua lagi bersekolah.

Mahkamah tidak membenarka­n tertuduh yang tidak diwakili peguam diikat jamin

 ?? ?? TERTUDUH (dua dari kiri) dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Johor Bahru.
TERTUDUH (dua dari kiri) dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Johor Bahru.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia