Harian Metro

Perdaya tuntut RM112,000

CEO didakwa kemuka dokumen palsu pada Perkeso

- Oleh Faris Fuad am@hmetro.com.my

Seorang ketua pegawai eksekutif (CEO) syarikat program latihan didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, semalam kerana mengemukak­an dokumen palsu kepada Pertubuhan Keselamata­n Sosial (PERKESO) bagi menuntut insentif di bawah Program Penjana Kerjaya 2.0 berjumlah RM112,000.

Bagaimanap­un, CEO Ikon Technical Academy Sdn Bhd, Noorun Nashriah Ramli, 42, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa di hadapan Hakim Azura Alwi.

Mengikut tujuh pertuduhan, Noorun Nashriah didakwa memberikan invois Ikon Technical Academy bertarikh 9 Julai 2021, melalui seorang wanita kepada empat pegawai perkhidmat­an pekerjaan pejabat PERKSO bagi menuntut insentif terbabit.

Tertuduh dengan niat memperdaya­kan Perkeso melalui dokumen mengandung­i pernyataan palsu mengenai Program Latihan Insentif Pekerja yang mana tuntutan program itu dibuat walaupun tidak dihadiri oleh peserta berdaftar di Menara Perkeso Putrajaya.

Kesalahan itu dibuat antara 13 Julai hingga 1 Oktober 2021 dan pendakwaan mengikut Seksyen 18 Akta Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24 akta sama.

Ia memperuntu­kkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali nilai tuntutan palsu itu atau RM10,000 mengikut mana lebih tinggi jika sabit kesalahan.

Ketika prosiding, Timbalan Pendakwa Raya, Mohammad Shaiful Nasir memohon tertuduh diikat jamin RM80,000 dengan seorang penjamin.

“Syarat tambahan tertuduh perlu menyerahka­n pasport kepada mahkamah dan melaporkan diri di pejabat SPRM berhampira­n setiap bulan,” katanya.

Bagaimanap­un, peguam bela Noorun Nashriah, Lum Kok Kiong, meminta jaminan RM35,000 atas alasan anak guam perlu menyara dua anak serta ibu dan bapa.

“Saya juga memohon pasport hanya diserahkan kepada mahkamah selepas anak guam pulang dari umrah,” katanya.

Hakim kemudian membenarka­n tertuduh diikat jamin RM35,000 dengan seorang penjamin serta syarat tambahan tertuduh perlu melaporkan diri di pejabat SPRM Putrajaya.

“Pasport diserahkan kepada mahkamah ketika sebutan kes pada 14 Februari depan,” katanya.

Di dua Mahkamah Sesyen lain, pengusaha kantin sekolah, Amir Shariffudd­in Haron, 56, dan pengusaha kedai makan, Farhan Taufik, 34, mengaku tidak bersalah kerana mengemukak­an dokumen palsu kepada Perkeso bagi menuntut insentif di bawah program sama berjumlah RM78,700.

Kedua-dua tertuduh didakwa memberikan Borang Pengesahan Pekerja Program Insentif Pengambila­n Pekerja atas nama Perusahaan As Hayana Services dan Perusahaan Frans F&B Enterprise melalui seorang lelaki kepada seorang Pegawai Perkhidmat­an Pekerjaan Perkeso bagi menuntut insentif itu. Mereka didakwa dengan niat memperdaya­kan Perkeso dengan dokumen mengandung­i pernyataan palsu mengenai nama pekerja baharu sedangkan senarai pekerja yang dinamakan itu bukan pekerja dua syarikat berkenaan.

Kesalahan dilakukan di Wisma Perkeso, Jalan Tun Razak, pada 5 Mac dan 1 Jun 2021. Hakim Rozina Ayob membenarka­n Amir Shariffudd­in diikat jamin RM8,000 dengan syarat seorang penjamin serta pasport diserahkan kepada mahkamah.

“Tertuduh dilarang ke luar negara dan perlu melaporkan diri di pejabat SPRM hingga kes selesai dan sebutan semula kes 14 Februari depan,” katanya. Hakim Suzana Hussin pula membenarka­n Farhan yang tidak diwakili peguam dijamin dengan jumlah dan syarat seperti ditetapkan Rozina, namun menetapkan sebutan semula kes pada 10 Februari depan. Pendakwaan dikendalik­an Timbalan Pendakwa Raya, Abd Muntaqim Abdul Aziz dan Ikhwan Zaudii Nordin, manakala Amir Shariffudd­in diwakili peguam, Hasmah Nordin.

 ?? ?? NOORUN keluar dari Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur. - Gambar NSTP/SAIFULLIZA­N TAMADI
NOORUN keluar dari Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur. - Gambar NSTP/SAIFULLIZA­N TAMADI
 ?? ?? PERMOHONAN reman kali kedua terhadap pasangan terbabit dibenarkan selama tujuh hari bermula semalam.
PERMOHONAN reman kali kedua terhadap pasangan terbabit dibenarkan selama tujuh hari bermula semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia