Harian Metro

19 rumah diisytihar tak selamat

- Oleh Nurul Hidayah Bahaudin nurul.hidayah@hmetro.com.my

Sejumlah 19 rumah di Taman Bukit Permai 2 di sini, yang terjejas akibat tragedi tanah runtuh pada Mac tahun lalu diisytihar­kan tidak selamat.

Exco Infrastruk­tur dan Pertanian Selangor Izham Hashim berkata, ia membabitka­n 15 rumah di kawasan atas tebing, manakala empat lagi rumah di bawah cerun berkenaan.

Katanya, meskipun kerja menstabilk­an cerun sudah dijalankan, namun kawasan 19 rumah berkenaan masih tidak selamat kerana terletak terlalu hampir dengan tebing selain berlaku keretakan.

“Hasil laporan diterima, saya dimaklumka­n 19 rumah berkenaan tidak selamat dan kami akan mengeluark­an notis pengosonga­n dalam masa terdekat.

“Perkara itu akan dibawa ke Mesyuarat Exco Negeri pada Rabu (hari ini) bagi membincang­kan tindakan susulan serta bantuan bagi mengurangk­an beban penghuni yang terjejas,” katanya pada sidang media selepas meninjau lokasi kejadian tanah runtuh di Taman Bukit Permai 2 pada Mac tahun lalu, kelmarin.

Izham berkata, kerja menstabilk­an cerun yang membabitka­n kos RM15 juta itu sudah siap 80 peratus sejak dijalankan Mei tahun lalu.

“Kerja menstabilk­an itu turut membabitka­n pembinaan parit horizontal (mendatar) dan parit vertical (menegak).

“Kini kerja menstabilk­an giat dijalankan di bahagian kiri dan kanan cerun berkenaan. Projek ini dijangka siap sepenuhnya pada Mac depan,” katanya.

Beliau berkata, fenomena hujan secara berterusan sebelum kejadian menyebabka­n air bertakung dalam kuantiti besar yang menjadi punca tanah runtuh di lokasi terbabit.

“Ini kawasan tambakan yang dibina pada 80-an dengan sistem saliran tidak dibina dengan baik sehingga air bertakung.

“Terdapat enam runtuhan tanah yang berlaku di kawasan ini dengan kali terakhir direkodkan pada Disember tahun lalu, namun ia hanya membabitka­n runtuhan kecil,” katanya.

 ?? ?? IZHAM (dua dari kanan) meninjau kawasan runtuhan tanah di Taman Bukit Permai, Ampang. - Gambar NSTP/MOHAMAD SHAHRIL BADRI SAALI
IZHAM (dua dari kanan) meninjau kawasan runtuhan tanah di Taman Bukit Permai, Ampang. - Gambar NSTP/MOHAMAD SHAHRIL BADRI SAALI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia