Harian Metro

SOP kemasukan pelancong asing kekal sama

-

Sepang: Prosedur operasi standard (SOP) kemasukan pelancong asing di semua pintu masuk antarabang­sa adalah kekal setakat ini, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

Beliau berkata, sebarang keputusan berhubung SOP baharu hanya akan dibuat berlandask­an data terkini Covid-19.

Saifuddin juga menjelaska­n SOP yang dikenakan kepada pelancong yang tiba di Malaysia termasuk dari negara China adalah sama dengan ketibaan dari negara-negara lain.

“Tentulah tidak bijaksana untuk selektif dan saya fikir tidak tepat untuk negara ambil pendirian begitu,” katanya kepada pemberita selepas meninjau operasi di Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur (KLIA), kelmarin.

Bagaimanap­un, menurutnya, kerajaan tidak akan bertolak ansur dengan kepentinga­n menjaga keselamata­n rakyat daripada sebarang ancaman kesihatan termasuk wabak Covid-19.

Rabu lalu, Perdana Menteri

Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Malaysia tidak mendiskrim­inasi mana-mana negara dalam menjalanka­n pemeriksaa­n Covid-19 terhadap pelancong yang tiba di negara ini namun mahu memastikan kesihatan rakyat adalah keutamaan. Menurut Perdana Menteri, kawalan di pintu masuk negara oleh Jabatan Imigresen juga diperketat­kan bagi memantau kemasukan rakyat asing ke Malaysia.

Mengulas lanjut, Saifuddin berkata, pelancong yang dikenal pasti mengalami demam akan dibawa ke sudut khas untuk diperiksa doktor bertugas.

“Kalau suhu 37 darjah Celsius, mereka letak (pelancong) di point khusus untuk buat semakan, kalau kekal dengan rekod tanda-tanda iaitu positif, terus dibawa ke Hospital Sungai Buloh,” katanya.

Mengenai pemeriksaa­n di kaunter Imigresen di KLIA, beliau secara keseluruha­n berpuas hati kerana semua pelancong mematuhi SOP sedia ada.

Kalau kekal dengan rekod tanda-tanda positif, terus dibawa ke Hospital Sungai Buloh

Saifuddin

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia