Harian Metro

PENAPIS UDARA PINTAR

Pengeluar komputer, laptop hasilkan penapis udara dikenali sebagai Acerpure Pro P2

- Oleh Muhammad Saufi Hassan saufi@mediaprima.com.my

Memiliki penapis udara pintar umpama sudah menjadi satu kemestian pada ketika ini untuk memberikan pengudaraa­n lebih baik serta bersih di dalam ruang bilik atau rumah.

Untuk itu, Acer yang seringkali dikaitkan dengan pengeluara­n laptop serta komputer mengambil inisiatif untuk menghasilk­an penapis udaranya dikenali sebagai Acerpure Pro P2.

Menyentuh soal dimensi perkakas berkenaan, ia direka dengan bentuk silinder berukuran 253 x 253 x 576mm yang mempunyai keupayaan kelajuan mod satu hingga Turbo bersama mod pintar untuk penyesuaia­n automatik.

Acerpure Pro P2 ini mempunyai skrin paparan LCD bagi memberi indikasi kualiti udara semasa, gas (VOCs), PM2.0 dan PM2.5 dengan angka nombor pada skrin paparan.

Perkakas ini juga didatangka­n dengan sensor pintar yang mampu mengesan sensor gas, sensor partikel laser sekali gus memberikan kualiti udara lebih baik untuk ruang 45 meter persegi.

Penulis juga sangat kagum dengan keupayaan aplikasi pintar yang boleh dimuat turun di gedung aplikasi Android mahupun sistem operasi iOS dan pengguna boleh mengawal serta melihat beberapa petunjuk khusus.

Acerpure Pro P2 ini turut dilengkapi dengan empat dalam satu penapis HEPA yang terdiri daripada pra penapis, penapis HEPA Plus+, penapis utama HEPA 13 dan penapis aktivasi karbon.

Untuk pengguna yang mahukan udara dalam ruang terhad lebih baik serta bersih, Acerpure Pro P2 adalah jawapannya kerana ia bukan saja mempunyai rekaan minimalis berbentuk silinder sebaliknya mampu dimuatkan dalam ruang yang kecil.

Pemasangan penapis

REVIU PRODUK

udara keluaran Acer ini juga mudah hanya ‘PlugNplay’ saja manakala untuk tujuan cucian, pengguna perlu membuka ruang di bahagian belakang untuk mengeluark­an penapis HEPA berkenaan dengan mudah.

Penulis juga kagum dengan aplikasi pintar terbina untuk sistem penapis udara ini kerana boleh melihat kualiti udara secara ‘real time’ tanpa perlu merujuk di skrin LCD.

Bagi bunyi penapis udara pula, ia boleh disifatkan dalam keadaan senyap untuk mod biasa dan jika Acerpure Pro P2 ini mengesan kualiti udara yang kurang baik, ia akan berbunyi sedikit kuat namun tidak lama.

Sebaik selesai proses pembersiha­n udara semasa, penapis udara berkenaan akan kembali kepada mod biasa dan senyap tanpa sebarang masalah.

Penulis juga mencadangk­an kepada pengguna untuk menggunaka­n penapis udara keluaran Acer ini kerana tidak banyak perkakas yang sama menawarkan sokongan aplikasi kepada telefon pintar.

Inisiatif yang dilakukan oleh Acer adalah amat baik sekali dan seharusnya menjadi satu penanda aras untuk perkakas rumah yang lebih pintar pada masa depan.

 ?? ?? ACERPURE PRO P2 menawarkan sistem pengudaraa­n pintar yang boleh dipantau menerusi telefon pintar.
ACERPURE PRO P2 menawarkan sistem pengudaraa­n pintar yang boleh dipantau menerusi telefon pintar.
 ?? ?? PENGGUNA boleh melihat kualiti udara semasa menerusi skrin LCD atau aplikasi terbina.
PENGGUNA boleh melihat kualiti udara semasa menerusi skrin LCD atau aplikasi terbina.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia