Harian Metro

Berlapang dada terima kenaikan kos

-

Kuala Lumpur: Jemaah umrah negara ini berlapang dada dan akur dengan kenaikan mendadak harga pakej kerana memahami situasi semasa selain pakej sudah ditempah awal.

Bakal jemaah umrah dari Shah Alam, Nurul Maizan Mohd Din, 47, berkata, harga pakej umrah ketika ini memang diakui jauh berbeza berbanding sebelum penularan Covid-19 lalu dan ketika ini juga permintaan menunaikan ibadah itu tinggi.

Menurutnya, dia akan berangkat ke Tanah Suci pada 1 Februari depan bersama dua anaknya dan sudah menempah pakej itu sejak Oktober tahun lalu.

“Ketika membuat tempahan pakej itu harga masih kekal dan saya dimaklumka­n ia mungkin dinaikkan. Bulan ini mereka sahkan harga dinaikkan. Tambahan harga 10 hingga 15 peratus di saat akhir.

“Saya tertanya juga mulanya kenapa berlaku kenaikan harga, tetapi berlapang dada dan pihak agensi terangkan yang kos di sana meningkat atas faktor kadar hotel dan penerbanga­n kurang, tetapi jemaah ramai serta visa,” katanya.

Katanya, dia yang memahami perkara itu berharap pihak kerajaan dapat mengadakan perbincang­an dengan pihak berkenaan melihat situasi dilalui jemaah dalam perkara ini.

Sementara itu, Ismail Khaidir, 49, berkata, harga pakej diambil melalui sebuah agensi perlu ditambah RM1,000, tetapi dikurangka­n kepada RM700 selepas perbincang­an dengan agensi.

Menurutnya, sebelum ini, dia menempah pakej umrah sejak pertengaha­n tahun lalu dan agensi memberitah­u harga mungkin dinaikkan sebelum mereka mengesahka­n perkara itu dua hari lalu.

“Apabila agensi memberitah­u jangkaan awal saya buat persediaan sebab bimbang naik harga dan dua hari lalu mereka beritahu harga dinaikkan. Sepatutnya kami perlu tambah RM1,000 seorang, tetapi dikurangka­n RM700 selepas berbincang.

“Saya ambil berat isu semasa jadi tahu perkembang­an. Saya akur tetapi bersyukur ada penguranga­n harga, malah agensi memberi penerangan jelas dan kita ada komunikasi jadi faham situasi ketika ini kerana kos di sana meningkat,” katanya akan ke Tanah Suci pada 1 Februari bersama keluarga dan rakan.

‘ Ketika membuat tempahan pakej itu harga masih kekal dan saya dimaklumka­n ia mungkin dinaikkan. Bulan ini mereka sahkan harga dinaikkan”

Nurul Maizan

 ?? ?? HARGA pakej umrah sebelum penularan Covid-19 jauh berbeza dan ketika ini permintaan juga lebih tinggi.
HARGA pakej umrah sebelum penularan Covid-19 jauh berbeza dan ketika ini permintaan juga lebih tinggi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia