Harian Metro

Penculik kritikal lepas cuba membunuh diri

-

Washington: Suspek lelaki yang menculik keluarga Sikh di tengah California, Amerika Syarikat kini kritikal selepas cuba membunuh diri, kelmarin.

Pejabat Syerif Merced dalam kenyataan berkata, suspek dikenal pasti sebagai Jesus Salgado, 48, selepas lelaki itu dikesan menggunaka­n kad pengeluara­n wang automatik (ATM) milik mangsa.

Katanya, keluarga itu termasuk bayi berusia lapan bulan yang diculik di kawasan perniagaan di Merced, Isnin lalu, belum ditemukan.

“Detektif memperoleh rakaman kamera litar tertutup di kawasan ATM di Atwater, sebuah bandar terletak 14 kilometer di utara Merced.

“Suspek kelihatan sama dengan gambar pengawasan dari tempat kejadian penculikan itu,” kata pejabat itu yang turut mengeluark­an dua imej suspek dan meminta bantuan orang ramai. Menurut kenyataan itu, pegawai penyiasat menerima maklumat yang mengenal pasti Salgado sebagai suspek.

“Suspek cuba membunuh diri sebelum polis tiba,” katanya tanpa memberikan perincian lokasi penahanan suspek.

Syerif Merced, Vern Warnke dalam video disiarkan di Facebook, Isnin lalu, mendedahka­n, suspek menculik bayi, Aroohi Dheri, ibunya, Jasleen Kaur, 27, bapanya, Jasdeep Singh, 36 dan bapa saudara, Amandeep Singh, 39.

“Penculik tidak meminta wang tebusan atau (mempunyai) hubungan (dengan mangsa),” katanya.

Sementara itu, Pengarah Eksekutif Jakara Movement, sebuah pertubuhan komuniti Punjabi Sikh di tengah California, Naindeep Singh berkata, empat sekeluarga itu diculik dari stesen minyak dan kedai serbaneka yang mereka usahakan.

 ?? FOTO Polis Karanganya ?? POLIS membuat siasatan di lokasi kejadian suami isteri muda meninggal dunia.
FOTO Polis Karanganya POLIS membuat siasatan di lokasi kejadian suami isteri muda meninggal dunia.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia