Harian Metro

Lazada lancar LazBeauty Club tawar diskaun eksklusif produk kecantikan

-

Kuala Lumpur: Lazada Malaysia memperkena­lkan LazBeauty Club yang hadir dengan kelebihan ribuan tawaran eksklusif dan faedah keahlian.

Platform e-dagang itu berkata, selepas mendaftar sebagai ahli baharu LazBeauty Club, pengguna layak mendapat baucar diskaun istimewa bernilai RM6 daripada Lazada selain baucar eksklusif bulanan Lazada dan jenama rakan kongsi yang mengambil bahagian, dengan perbelanja­an minimum serendah RM1.

“Terdapat juga tawaran eksklusif untuk ahli, berita langsung mengenai produk yang popular serta cadangan produk oleh ‘LazBeauty Insiders’ yang terdiri daripada selebriti dan pempengaru­h tempatan,” kata Lazada.

Tawaran terbabit merangkumi jenama terkemuka seperti Laneige, Innisfree, Maybelline, L’Oreal Paris, Eucerin, Garnier termasuk yang mesra Muslimah seperti Fazbulous by Fazura, Safi, Wardah dan banyak lagi.

Ketua Pegawai Perniagaan Chenxi Zhou berkata, bagi peminat kecantikan dan gaya, berdandan boleh melakukan keajaiban untuk meningkatk­an keyakinan seseorang.

“Kecerdasan buatan dan ciri pengujian secara maya yang diperkasak­an dengan realiti tambahan pada aplikasi Lazada membolehka­n pengguna mencuba produk seperti asas atau gincu dengan serta-merta untuk meningkatk­an pengalaman membeli-belah produk kecantikan.

“Melalui LazBeauty Club, pengguna akan mempunyai akses eksklusif kepada produk yang sesuai pada harga mesra dompet di Lazada, memudahkan mereka mencapai gaya peribadi yang unik,” katanya.

“Melalui LazBeauty Club, pengguna akan mempunyai akses eksklusif Chenxi Zhou

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia