Harian Metro

‘Insan ajaib’ punya hal

- Oleh Zanariah Abd Mutalib am@hmetro.com.my

Dewan Rakyat, semalam kecoh seketika selepas pembangkan­g tidak berpuas hati dengan Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M Saravanan yang mendakwa Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli ialah ‘insan ajaib’ yang hanya akan muncul enam hingga 12 bulan sebelum pilihan raya.

Saravanan membuat kenyataan itu ketika penggulung­an perbahasan Rang Undang-Undang (RUU) Kesatuan Sekerja (Pindaan) 2022 sebagai maklum balas kepada soalan Datuk Seri Mohd Salim Sharif (BN-Jempol) yang bertanya sama ada persepsi pembubaran Parlimen ketika musim banjir yang sering dimainkan pembangkan­g akan memberi kesan kepada kemajuan RUU berkenaan.

Beliau yang juga Timbalan Presiden MIC berkata, isu pembubaran Parlimen ketika musim banjir adalah drama politik oleh Rafizi.

“Insan ajaib yang dikenali sebagai Rafizi hanya akan muncul enam hingga 12 bulan sebelum pilihan raya. Selepas itu, dia akan hilang.

“Kalau tuan-tuan lihat, Rafizi tidak pernah muncul ketika kita susah ketika Covid-19. Tidak pernah pun ada cadangan daripada Rafizi,” katanya.

Kenyataan itu menyebabka­n beberapa Ahli Parlimen pembangkan­g bangun dan meminta Saravanan tidak menyalahka­n Rafizi serta kembali kepada sesi penggulung­an RUU berkenaan.

Lim Guan Eng (PH-Bagan) berkata, pendirian untuk tidak melaksanak­an Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) bukan hanya oleh Rafizi, tetapi semua parti pembangkan­g.

“Jika diadakan pilihan raya pada musim tengkujuh, apa rancangan kerajaan untuk menghadapi banjir serentak dengan PRU? Takkan nak mengayuh sampan untuk pergi membuang undi,” katanya.

Saravanan menjelaska­n, tiada mana-mana pihak yang menyebut untuk melaksanak­an PRU ketika musim banjir.

Katanya, kerajaan sudah pun mempunyai rancangan enam bulan lebih awal untuk menangani masalah bencana itu, mengambil kira pengalaman pada tahun lalu.

“Jika kita membubarka­n Parlimen dan mengadakan pilihan raya pada musim banjir, kenapa pembangkan­g perlu risau? Rakyat akan sokong anda. Bagilah kita membuat kesilapan.

“Ini seolah-olah mempertaha­nkan kerajaan kita. Kenapa anda risau? Anda yang akan mendapat faedah,” katanya.

“Kenapa anda risau? Anda yang akan mendapat faedah Saravanan

 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia