Harian Metro

Khianat dua abang

Penganggur didenda RM10k atau 12 bulan jel selepas mengaku rosakkan kenderaan

- Oleh Norzamira Che Noh am@hmetro.com.my

Seorang penganggur didenda RM10,000 atau 12 bulan penjara oleh Mahkamah Majistret di sini semalam, selepas mengaku bersalah terhadap dua pertuduhan melakukan khianat dengan merosakkan kenderaan milik dua abangnya pada September lalu.

Tertuduh, Norazizul Lizam Miskun, 47, membuat pengakuan bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Mohamad Redza Azhar Rezali.

Mengikut dua kertas pertuduhan, Norazizul didakwa dengan sengaja melakukan khianat iaitu dengan cara mengambil pasu bunga lalu menghempas pada cermin kereta milik kedua-dua abangnya, Noor Hadi Miskun, 53, serta Nor Baiza Miskun, 49, menyebabka­n cermin pecah dan mengalami kerugian RM25 atau lebih.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Elyza Amira Habeeb Rahman memohon hukuman setimpal diberikan supaya menjadi pengajaran selain tindakan tertuduh mempunyai unsur keganasan.

Dalam pada itu, di mahkamah berlainan, Norazizul turut mengaku bersalah atas dakwaan memasukkan dadah THC, Amphetamin­e, Methamphet­amine dalam badannya.

Justeru dia melakukan kesalahan mengikut Seksyen 15 (1)(A) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum penjara hingga dua tahun atau denda RM5,000 atau kedua-duanya sekali.

Pendakwaan diwakili Timbalan Pendakwa Raya, Saidah Fasihah Che Yusoff.

Majistret Nur Faizah Abdul Sani membenarka­n tertuduh dijamin RM2,000 dan menetapkan 21 November ini bagi serahan laporan patologi sebelum hukuman dijatuhkan.

Sementara itu, Norazizul turut didakwa di Mahkamah Sesyen atas tuduhan menyebabka­n kecederaan parah pada anggota polis, Mohd Ridzuan Marsudi,32, menggunaka­n parang yang mungkin menyebabka­n kematian.

Tertuduh bagaimanap­un mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan terhadapny­a di hadapan

Hakim Rihaida Rafie.

Timbalan Pendakwa Raya, S Reetha menawarkan jaminan RM20,000 dengan seorang penjamin serta memohon perintah tambahan agar tertuduh tidak mengganggu atau mendekati mangsa dan saksi kes.

Mahkamah membenarka­n tertuduh dijamin RM10,000 serta perintah tambahan dikemukaka­n pihak pendakwaan.

Sebutan semula kes ditetapkan pada 21 Disember.

Norazizul didakwa melakukan semua kesalahan itu di sebuah kediaman di Jalan Siswi, Jalan Sungai Kandis, Seksyen 36 dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam pada 25 dan 26 September.

Media sebelum ini melaporkan, dua anggota polis cedera di tangan selepas ditetak penagih dadah di sebuah rumah di Kampung Sungai Kandis, Seksyen 36.

Dalam kejadian jam 3.45 petang itu, Lans Koperal Mohammad Ridzuan Marsudi, 31, parah pada pergelanga­n tangan kiri, manakala Inspektor Mohd Zulhusni Hassani, 30, cedera di pergelanga­n tangan kanan.

Norazizul mengaku salah memasukkan dadah dalam badan, nafi serang polis

 ?? - Gambar NSTP/FAIZ ANUAR ?? NORAZIZUL didenda RM10,000 atau 12 bulan penjara oleh Mahkamah Majistret Shah Alam selepas mengaku bersalah terhadap dua pertuduhan melakukan khianat dengan merosakkan kenderaan milik adik-beradiknya pada September.
- Gambar NSTP/FAIZ ANUAR NORAZIZUL didenda RM10,000 atau 12 bulan penjara oleh Mahkamah Majistret Shah Alam selepas mengaku bersalah terhadap dua pertuduhan melakukan khianat dengan merosakkan kenderaan milik adik-beradiknya pada September.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia