Harian Metro

192 lokasi berisiko banjir di Terengganu

-

Permaisuri: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Terengganu mengenal pasti 192 lokasi berisiko banjir sepanjang Monsun Timur Laut (MTL) tahun ini.

Pengarahny­a Md Hilman Abd Rashid berkata pihaknya dalam keadaan siap siaga bagi menghadapi segala kemungkina­n dengan melakukan pemantauan dan rondaan secara berkala, terutama di kawasan yang berisiko.

“Lokasi yang kita kenal pasti ini dikelaskan berdasarka­n kawasan yang dilanda banjir tahun lalu.

“Sebagai agensi penyelamat, kita sentiasa dalam keadaan siap siaga sama ada daripada sudut kekuatan anggota dan aset mencukupi untuk pastikan operasi menyelamat berjalan lancar,” katanya selepas Majlis Penutup Kursus Pemantapan Pasukan Khas JBPM Terengganu bersama Kementeria­n Kesihatan (KKM) di Hutan Lipur Lata Changkah di sini, semalam.

Seramai 38 anggota dan pegawai daripada pasukan khas iaitu Pasukan Perkhidmat­an Perawatan Kecemasan (EMRS), Taktikal Operasi Penyelamat Malaysia (STORM), Rapid Interventi­on Motorcycle (RIM), Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dan anggota paramedik dari hospital awam seluruh negeri menyertai kursus itu.

Kursus selama tiga hari itu memfokuska­n kepada latihan dan kerja-kerja menyelamat serta merawat mangsa di kawasan curam.

Sementara itu, Md Hilman berkata pihaknya mempunyai kekuatan aset yang mencukupi untuk melakukan kerja-kerja menyelamat mangsa banjir di negeri ini.

“Kita ada 50 unit bot dan kita jangka jumlah ini cukup untuk kerja-kerja menyelamat, untuk melancarka­n tugas menyelamat juga kita hanya benarkan 10 peratus daripada 800 anggota bercuti.

“Jika diperlukan, anggota yang bercuti boleh dipanggil bertugas untuk menyelamat­kan nyawa,” katanya.

“Kita ada 50 unit bot dan kita jangka jumlah ini cukup untuk kerja menyelamat Md Hilman

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia