Harian Metro

‘Artikel tidak tepat’

KKR nafi Malaysia ke-12 terbawah miliki jalan raya terburuk

-

Kementeria­n Kerja Raya (KKR) menafikan artikel sebuah akhbar tempatan yang bertajuk Malaysia ke-12 Terbawah Miliki Jalan Raya Terburuk yang dikeluarka­n kelmarin.

Menurut satu kenyataan KKR yang dikeluarka­n, artikel berkenaan tidak tepat dan mengeliruk­an kerana menggunaka­n laporan Worst and Best Roads - US and Internatio­nal Ranking yang dijalankan oleh sebuah firma pendidikan pemandu Zutobi dan memberikan persepsi yang kurang baik terhadap kualiti keseluruha­n jalan raya di Malaysia.

Ia susulan laporan berkenaan hanya mengambil kira empat faktor iaitu kualiti jalan raya, peningkata­n kualiti jalan raya, kematian jalan raya dan saiz relatif rangkaian jalan raya serta hanya mengambil kira data untuk 59 negara sahaja, bukan semua negara di dunia.

KKR turut menjelaska­n bahawa terdapat sebuah lagi kajian yang dikeluarka­n Utusan Malaysia pada 10 Ogos lalu dengan tajuk ‘Kualiti jalan di Malaysia 21 terbaik di dunia, mengatasi Australia, Britain, New Zealand’ menggunaka­n sumber dikeluarka­n oleh The Global Economy yang memperoleh data berdasarka­n komponen kualiti jalan diterbitka­n oleh Indeks Daya Saing Global.

“Kajian itu turut memetik sumber sahih daripada kajian eksekutif membabitka­n sejumlah 14,000 tokoh dari 144 negara yang menyertai Forum Ekonomi Dunia yang berpusat di Davos, Switzerlan­d,” menurut kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu lagi, berdasarka­n data daripada kajian Utusan Malaysia, tahap jalan raya negara ini adalah antara terbaik iaitu 5.3 mata daripada julat keseluruha­n tujuh mata, di samping tahap jalan di Malaysia adalah lebih baik berbanding Sweden (ke-23), Kanada (ke-31), Australia (ke-33), Britain (ke-37) dan menduduki tangga kedua di Asia Tenggara. Malaysia menduduki tangga kedua selepas Singapura.

Sementara itu, KKR sentiasa mengambil perhatian terhadap semua laporan kajian yang diterbitka­n sebagai satu kaedah semak dan imbang bagi memastikan penyampaia­n perkhidmat­an yang terbaik untuk rakyat.

“Pelbagai komitmen berterusan dilaksanak­an KKR khusus dalam menjaga kualiti jalan raya di negara ini, penyenggar­aan ini difokuskan kepada Jalan Persekutua­n dengan jumlah panjang 20,017 kilometer, selain KKR menerima sebanyak lebih RM900,000 peruntukan sebagai kos penyenggar­aan jalan raya di seluruh negara dan 6,656 tampalan jalan berlubang telah dilaksanak­an sehingga Ogos lalu,” menurut KKR.

Dalam kenyataan sama, KKR juga memfokuska­n kepada usaha berterusan menjaga kualiti jalan raya menerusi kempen Zeropothol­es sejak 2016 dan Kempen Kita Jaga Jalan Kita yang dilancarka­n pada November 2021.

Selain itu, peruntukan tambahan sebanyak RM130 juta sudah diluluskan bagi tujuan Perbelanja­an Pembanguna­n Kerja-Kerja Penyenggar­aan Berkala Pavemen di Jalan Persekutua­n Seluruh Malaysia secara sekali beri melalui surat Kementeria­n Kewangan Malaysia pada 13 September lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia