Harian Metro

Hanya Myanmar tak beri kerjasama cari mangsa ‘scammer’

-

Sepang: Usaha menyelamat­kan mangsa tawanan scammer antarabang­sa di Myanmar berdepan kesukaran berikutan tidak mendapat kerjasama pihak berkuasa negara berkenaan.

Setiausaha Agung Pertubuhan Kemanusiaa­n Masyarakat Antarabang­sa Malaysia (MHO) Datuk Hishamuddi­n Hashim berkata, terdapat perkembang­an positif dari Kemboja dan Laos dalam operasi menyelamat­kan mangsa, namun situasi di Myanmar masih lagi buntu seakan-akan kerajaan negara itu tidak menghirauk­an jenayah pemerdagan­gan manusia terhadap rakyat Malaysia.

“Di Kemboja dan Laos kita lihat ada pembabitan serius polis negara itu untuk menyelamat­kan rakyat Malaysia.

“Malangnya sindiket itu kini membawa rakyat Malaysia di Kemboja dan Laos untuk diseludup ke Myanmar,” katanya.

Menurutnya, MHO dan Pertubuhan Keprihatin­an Jenayah Komuniti Malaysia (MCCC) akan membawa memorandum kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk meminta campur tangan badan dunia itu terhadap isu itu.

“Memorandum itu akan diserahkan kepada pejabat PBB di Putrajya,” katanya selepas menyambut ketibaan lima lagi rakyat Malaysia yang berjaya diselamatk­an daripada sindiket itu di Laos di Lapangan Antarabang­sa Kuala Lumpur (KLIA) di sini, malam kelmarin.

Turut hadir Presiden MCCC dan juga bekas ketua polis negara Tan Sri Musa Hassan.

Musa berkata, operasi menyelamat­kan mangsa sindiket tersebut di Myanmar mengalami kesukaran dan mencadangk­an Wisma Putra menghantar nota bantahan kepada kerajaan negara itu.

Selain itu, beliau berkata, perkara itu harus dibawa ke Sidang Kemuncak ASEAN dan PBB yang adalah platform tertinggi untuk mengetenga­hkan isu tersebut. Beliau berkata, Tabung Kemanusiaa­n sudah dilancarka­n oleh MCCC untuk menyelamat­kan rakyat Malaysia yang masih terkandas, memandangk­an pelbagai faktor seperti penginapan, logistik dan bayaran kompaun kepada imigresen di negara terbabit membabitka­n kos yang tinggi.

Bagaimanap­un, Musa berkata, satu tabung khas perlu diwujudkan oleh kerajaan bagi membantu rakyat yang masih terkandas di negara-negara itu.

Sementara itu, seorang mangsa yang dikenali sebagai Tham berkata, beliau tertipu dengan iklan kerja di media sosial yang menjanjika­n gaji 7,000 yuan (RM4,568) sebulan, Mac lalu.

Katanya, beliau menyedari ditipu apabila dibawa ke satu bangunan di wilayah Bokeo, Laos, serta ditahan oleh warga China yang mempunyai senjata.

“Mulanya kita diberitahu kerja di pusat panggilan tetapi sampai sana baru tahu kerja sebagai scammer (penipu). Kita dibawa ke sebuah bangunan yang masih tidak siap diubah suai dan pergerakan turut dikawal rapi.

“Jika tidak dapat mencapai sasaran kita akan didenda seperti berlari 80 tingkat malah ada orang yang dipukul sehingga kaki patah dan kepala pecah,” katanya.

Tham berkata, beliau bersama abangnya yang juga mangsa serta dua lagi individu, meminta supaya dilepaskan tetapi diberitahu perlu membayar 500,000 yuan seorang (RM326,587). - Bernama

“Di Kemboja dan Laos kita lihat ada pembabitan serius polis negara itu Hishamuddi­n

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia