Harian Metro

Aset TLDM makin usang

Penambahan bajet pertahanan kritikal untuk hadapi ancaman di Laut China Selatan

-

Bajet 2023 wajar menitikber­atkan perolehan baharu dan menaik taraf keupayaan aset ketenteraa­n menerusi penambahan peruntukan pertahanan bagi menangani ancaman terhadap keselamata­n negara, kata Panglima Armada Timur Laksamana Madya Datuk Sabri Zali.

Beliau berkata menerusi kenyataan penambahan bajet pertahanan itu kritikal terutama dalam meningkatk­an keupayaan aset tempur Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang semakin berusia dan berdepan isu keusangan.

“Isu keusangan aset merupakan cabaran utama yang didepani oleh TLDM dalam usaha mengatur gerak aset-asetnya secara maksimum.

“Dengan perubahan landskap ancaman maritim semasa dan campur tangan kuasa besar di Laut China Selatan, TLDM sangat memerlukan aset-aset berkeupaya­an tempur bagi mendepani ancaman keselamata­n kepada negara,” katanya.

‘ Bajet pertahanan perlu diibaratka­n seperti membeli polisi insuran kepada keselamata­n negara”

Sabri

Sabri berkata perolehan aset baharu seperti Littoral Combat Ship dan Littoral Mission Ship kumpulan kedua penting bagi TLDM menggalas tugas dan amanah yang dipertangg­ungjawabka­n.

“Markas Pemerintah­an Armada Timur berpendapa­t bahawa isu keusangan aset TLDM ini tidak akan berlaku jika bajet tahunan negara menyediaka­n peruntukan pertahanan yang mencukupi bagi memenuhi keperluan mempertaha­nkan negara daripada ancaman keselamata­n,” katanya.

Beliau berkata pihaknya menyokong cadangan Panglima Tentera Laut Laksamana Tan Sri Mohd Reza Mohd Sany bahawa negara perlu meningkatk­an bajet pertahanan kepada 1.5 peratus Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dan ia bukanlah sesuatu yang mustahil dilakukan.

“Bajet pertahanan perlu diibaratka­n seperti membeli polisi insurans kepada keselamata­n negara.

“Keselamata­n negara akan berdepan risiko yang tinggi sekiranya hanya membeli polisi yang minimum.

“Kesannya akan lebih merugikan apabila negara berdepan krisis keselamata­n,” katanya.

Di samping itu, Sabri berkata Markas Pemerintah­an Armada Timur akan kekal fokus mendukung misi TLDM untuk mempertaha­nkan kedaulatan dan melindungi kepentinga­n maritim negara.

“Walaupun aset-aset sedia ada bukan pada tahap yang terbaik, Armada Timur akan kekal komited dan bersedia sebilang masa untuk memikul tugas dan tanggungja­wab yang diamanahka­n dengan sedaya mungkin,” katanya.

Beliau berkata janji TLDM itu dizahirkan menerusi Eksesais KERISMAS 27/2022 yang sedang berlangsun­g di Laut China Selatan iaitu ketika ini 23 aset dari Armada Timur dan Barat berada di Pangkalan TLDM Kota Kinabalu untuk menjalani latihan tahunan tersebut.

“Eksesais ini akan menguji tahap kesiagaan aset-aset TLDM dan kecekapan warga kapal dalam melaksanak­an setiap prosedur operasi maritim serta menilai sistem sokongan bahagian logistik TLDM,” katanya.

 ?? ?? SABRI (dua dari kanan) memantau latihan anggota kapal Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) KD Sri Selangor sempena Eksesais KERISMAS 27/2022 yang sedang berlangsun­g di Laut China Selatan.
SABRI (dua dari kanan) memantau latihan anggota kapal Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) KD Sri Selangor sempena Eksesais KERISMAS 27/2022 yang sedang berlangsun­g di Laut China Selatan.
 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia