Harian Metro

Tak bantah rayuan hakim tarik diri dengar perbicaraa­n

-

Putrajaya: Tarikh baharu pengurusan kes rayuan Datin Seri Rosmah Mansor (gambar) terhadap sabitan dan hukuman penjara 10 tahun serta denda RM970 juta bagi kesalahan rasuah membabitka­n projek solar hibrid bernilai RM1.25 bilion untuk 369 sekolah luar bandar di Sarawak ditetapkan pada 14 November hadapan.

Timbalan Pendakwa Raya Poh Yih Tinn berkata, semasa pengurusan kes dalam talian di hadapan Timbalan Pendaftar Mahkamah Rayuan Mohd Khairi Haron semalam, peguam Datuk Jagjit Singh memaklumka­n bahawa mereka masih belum mendapatka­n rekod rayuan.

Poh berkata, peguam itu juga memohon supaya rayuan anak guamnya terhadap keputusan hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Mohamed Zaini Mazlan yang menolak permohonan supaya hakim menarik diri daripada mendengar perbicaraa­n kes itu dan membuat keputusan mengenai kes solar itu, didengar dahulu. “Saya memberitah­u pendaftar bahawa pihak pendakwaan tidak membantah terhadap rayuan Rosmah supaya hakim menarik diri itu didengar terlebih dahulu,” kata Poh ketika dihubungi. Mahkamah kemudian menetapkan 14 November untuk pengurusan kes seterusnya bagi menyemak pemfailan petisyen rayuan.

Bagaimanap­un, seorang lagi peguam Rosmah, Datuk Akberdin Abdul Kader memberitah­u bahawa mereka masih belum memfailkan petisyen rayuan.

Pada 1 September lalu, Mohamed Zaini menjatuhka­n hukuman penjara berjumlah 30 tahun dan denda RM970 juta ke atas Rosmah selepas didapati bersalah atas tiga pertuduhan rasuah.

Isteri bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak itu dijatuhi hukuman penjara 10 tahun bagi setiap pertuduhan.

Bagaimanap­un, beliau hanya akan menjalani hukuman penjara 10 tahun kerana hakim mengarahka­n kesemua hukuman penjara berjalan serentak.

Mahkamah juga memerintah­kannya dipenjara 30 tahun jika gagal membayar denda itu.

Rosmah dituduh atas satu pertuduhan meminta RM187.5 juta dan dua pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM6.5 juta daripada bekas Pengarah Urusan Jepak Holdings Sdn Bhd Saidi Abang Samsudin.

Bagaimanap­un, Mahkamah Tinggi membenarka­n penangguha­n pelaksanaa­n hukuman penjara dan denda sementara menunggu rayuannya di Mahkamah Rayuan.

Rosmah kemudianny­a memfailkan rayuan terhadap sabitan dan hukumannya berkenaan pada 2 September.

Beliau turut memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak permohonan­nya supaya hakim berkenaan menarik diri daripada mendengar dan membuat keputusan kes terbabit. - Bernama.

 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia