Harian Metro

Remaja menyesal ‘termakan’ pujukan teman lelaki

-

Sungai Petani: Seorang remaja perempuan tingkatan dua sanggup menyerahka­n tubuhnya kepada teman lelaki yang juga tukang rumah sebelum menyesal dan melaporkan kejadian kepada polis kelmarin.

Kedua-duanya melakukan hubungan terlarang itu di rumah nenek remaja perempuan itu di sekitar kawasan perumahan di sini, pada Mac lalu.

Sumber berkata, siasatan mendapati, mangsa mengenali teman lelakinya yang berusia 19 tahun pada Februari lalu melalui Facebook (FB) ketika berada di rumah neneknya.

“Mangsa tinggal bersama neneknya sejak kecil selepas ibu bapa bercerai dan dia yang bimbang ditinggalk­an, termakan pujuk rayu teman lelaki sebelum mereka melakukan hubungan terlarang itu.

“Kejadian berlaku di rumah neneknya selepas sebulan berkenalan dan mangsa mendakwa hanya sekali melakukan perbuatan terbabit,” katanya. Sumber berkata, mangsa yang berasa bersalah menceritak­an kejadian terbabit kepada neneknya sebelum dia membuat laporan polis berhubung kejadian itu.

“Hasil siasatan lanjut, mangsa mendakwa dia terpaksa mengikut kata-kata teman lelakinya kerana terlalu mencintai tukang rumah itu selain takut kehilangan­nya.

“Mangsa akan dibawa menjalani pemeriksaa­n di hospital dan lelaki terbabit masih dikesan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan ketika dihubungi mengesahka­n menerima laporan berhubung kejadian terbabit namun enggan mengulas lanjut kerana siasatan masih dijalankan.

Lelaki terbabit masih dikesan bagi membantu siasatan

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia