Harian Metro

‘Tak mampu nak beli mainan mahal’

-

Kuala Krai: Demi menggembir­akan dua anaknya, Mohd Zakiman Irwan Othman ketepikan rasa malu dan sanggup mengutip mainan ditemui di tempat pembuangan sampah.

Mainan troli itu yang dibawa pulang ke rumah kemudian dicuci hingga bersih sebelum dihadiahka­n kepada dua anaknya, Nur Aisy Zakira, 5, dan Muhammad Zakif Mikhail, 3.

Mohd Zakiman Irwan, 35, memuat naik video gambarnya mencuci mainan itu di TikTok, Ahad lalu, dan perkongsia­n berkenaan meruntun hati warganet.

Rata-rata warganet kagum dengan kesungguha­n Mohd Zakiman Irwan dalam menggembir­akan anaknya dan menyifatka­nnya sebagai bapa penyayang.

Berkongsi kisahnya, Mohd Zakiman Irwan yang menetap di Kampung Bedal, di sini, berkata, dia ternampak mainan itu di tempat pembuangan sampah berhampira­n rumahnya ketika dalam perjalanan ke tempat kerja.

“Ketika nampak mainan itu, saya tidak ambil terus tetapi sebaik saja pulang kerja pada sebelah petang, saya singgah semula ke tempat pembuangan sampah itu dan lihat ia masih ada di situ.

“Jadi, saya ambil untuk bawa pulang ke rumah dengan niat beri kepada anak.

“Sebelum bawa pulang ke rumah, saya ambil gambar untuk dihantar kepada isteri (Nik Mastura Nawi, 29) dan dia tiada masalah kerana mainan itu masih elok,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Sebaik pulang ke rumah, Mohd Zakiman Irwan mencuci mainan berkenaan sebelum diberikan kepada anaknya.

Menurutnya, anaknya tahu dari mana datangnya mainan itu namun tetap gembira selepas menerima pemberiann­ya.

“Anak nampak saya bawa pulang mainan itu dan mereka teruja.

“Ikutkan saya ada belikan mereka mainan sebelum ini tetapi setakat yang murah sahaja di kedai RM2 kerana saya bekerja di kilang dengan gaji hari, jadi mana mampu beli yang mahal,” katanya.

Berhubung kisahnya yang tular, Mohd Zakiman Irwan berkata, dia tidak sangka perkongsia­nnya di TikTok mendapat maklum balas luar biasa.

“Saya ambil gambar dan muat naik video untuk suka-suka sahaja, bukan untuk meraih simpati sesiapa,” katanya.

 ?? ?? MOHD Zakiman Irwan mencuci mainan ditemui hingga bersih sebaik pulang ke rumah.
MOHD Zakiman Irwan mencuci mainan ditemui hingga bersih sebaik pulang ke rumah.
 ?? ?? MAINAN troli ditemui Mohd Zakiman Irwan di tempat pembuangan sampah.
MAINAN troli ditemui Mohd Zakiman Irwan di tempat pembuangan sampah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia