Harian Metro

Boleh dijel jika gagal bayar denda

-

Sepang: Pelakon popular, Zul Ariffin, 36, didenda RM30,000 selepas mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, semalam, atas pertuduhan memuat naik kandungan bersifat sumbang di media sosial pada Mac lalu.

Zul atau nama sebenarnya Zulkifli Ariffin membuat pengakuan berkenaan selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Noorhisham Mohd Jaafar.

Mengikut pertuduhan, Zul yang menggunaka­n akaun Instagram @zul_ariffin secara sedar membuat dan memulakan penghantar­an video yang bersifat sumbang dengan niat untuk menyakiti hati orang lain.

Video berkenaan kemudian mendapat reaksi pasukan siasatan Suruhanjay­a Komunikasi dan Multimedia (MCMC) di MCMC Tower 1, Jalan Impact, Cyberjaya, jam 10.30 pagi pada 21 Mac lalu.

Pertuduhan ke atasnya dibuat mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia (AKMM) 1998 (Akta 588) yang memperuntu­kkan denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak lebih setahun atau kedua-duanya sekali.

Pasukan pendakwaan terdiri daripada Timbalan Pendakwa Raya, Fazril Sani Mohamed Fadzil dan Timbalan Pendakwa MCMC, Mai Zairani Zainal Abidin, manakala Zul Ariffin diwakili peguam, P Sivaran dan M Saresh.

Pada prosiding yang dijalankan, Saresh memohon agar anak guamnya diberikan hukuman yang minimum memandangk­an pelakon itu menanggung dua ahli keluarga iaitu bapa berusia 74 tahun serta seorang kakak berusia

Hukuman dikenakan agar menjadi pengajaran kepada orang ramai untuk tidak melakukan kesalahan sama.

48 tahun selain kesalahan ini adalah kali pertama dilakukan.

Menurut Saresh, anak guam juga sudah mengaku bersalah selain berasa kesal dengan tindakan memuat naik video berkenaan dan insiden itu secara langsung memberi kesan mental kepada diri anak guam serta keluargany­a.

Selain itu, katanya, anak guamnya adalah seorang pelakon yang banyak menyumbang kepada industri seni tanah air selain memenangi beberapa anugerah.

Bagaimanap­un, Fazril Sani dalam hujahannya meminta tertuduh dikenakan hukuman yang setimpal dengan kesalahan agar menjadi pengajaran kepada orang ramai untuk tidak melakukan kesalahan yang sama selain mencermink­an ketelusan parlimen dan undang-undang dalam menguat kuasakan Seksyen 233 AKMM 1998.

Mahkamah kemudian menjatuhka­n hukuman denda RM30,000 ke atas Zul atau penjara sembilan bulan sekiranya gagal menjelaska­n denda itu.

Bagaimanap­un, Zul menjelaska­n denda seperti yang ditetapkan pihak mahkamah, semalam.

Terdahulu, Zul yang memakai sut kelabu gelap serta pelitup muka itu tiba pada jam 8.10 pagi dengan menaiki Toyota Vellfire dengan diiringi ahli keluarga, dua peguam dan rakan penerbit, Gayatri Su-lin Pillai.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia