Harian Metro

PNB PERKENAL WAKAF ASNB

Wakaf muabbad mudahkan pelabur melabur sambil beramal

- Oleh Sri Ayu Kartika Amri kartika@hmetro.com.my

Permodalan Nasional Berhad (PNB) menerusi Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB), syarikat pengurusan unit amanah milik penuhnya, memperkena­lkan perkhidmat­an baharu Wakaf ASNB.

Perkhidmat­an ini menyatukan konsep pelaburan dunia dan akhirat bagi membolehka­n pelabur ASNB mewakafkan unit amanah mereka untuk manfaat kepada komuniti secara berterusan.

Wakaf ASNB berkonsepk­an wakaf muabbad iaitu wakaf berkekalan yang mengambil pendekatan untuk menyimpan modal dana wakaf bagi menghasilk­an potensi pulangan setiap tahun.

Pulangan itu kemudian akan disalurkan kepada projek wakaf dalam sektor kesihatan, pendidikan, pemerkasaa­n komuniti dan misi kemanusiaa­n.

Pengerusi Kumpulan PNB, Tun Arifin Zakaria berkata, Wakaf ASNB adalah langkah proaktif bagi PNB untuk memperkasa pengurusan wakaf di Malaysia.

“Selaras dengan usaha kerajaan mewujudkan Pelan Induk Wakaf Nasional (PIWN) Wakaf ASNB membuka peluang kepada pelabur untuk melabur sambil beramal.

“Wakaf ASNB juga menjadi pelengkap kepada khidmat perancanga­n kewangan ASNB, merangkumi pelaburan yang pelbagai serta kemudahan perwarisan melalui Hibah Amanah dan Pengisytih­aran Amanah,” katanya dalam satu kenyataan.

Wakaf ASNB adalah hasil kerjasama dengan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutua­n (MAIWP) yang sudah melantik ASNB sebagai Mutawalli iaitu pentadbir aset wakaf menerusi anak syarikat ASNB, ASNB Wakalah Sdn Bhd (AWSB).

Pelantikan ini membolehka­n AWSB mengurus dan mengagihka­n dana wakaf secara telus dan lancar ke projek pembanguna­n ummah dan masyarakat bagi pihak pewakaf.

Kini, semua pemegang unit Akaun Dewasa ASNB berbilang kaum boleh mewakafkan unit amanah mereka menerusi perkhidmat­an Wakaf ASNB mulai semalam, di semua cawangan ASNB seluruh negara.

Transaksi wakaf di portal dan aplikasi mudah alih myASNB akan bermula pada 1 November 2021 bagi semua dana ASNB, kecuali ASN Imbang 1 iaitu mulai 1 Disember 2021.

Transaksi minimum Wakaf ASNB adalah sebanyak RM1,000 bagi unit amanah harga tetap dan harga berubah harga silam dan 1,000 unit minimum bagi unit amanah harga berubah harga hadapan.

Bagi sebarang pertanyaan lanjut mengenai perkhidmat­an Wakaf ASNB, pemegang unit boleh menghubung­i Pusat Khidmat Pelanggan ASNB di talian 03-7730 8899 atau layari laman web Wakaf ASNB.

 ?? ?? WAKAF ASNB adalah langkah proaktif bagi PNB untuk memperkasa pengurusan wakaf di Malaysia.
WAKAF ASNB adalah langkah proaktif bagi PNB untuk memperkasa pengurusan wakaf di Malaysia.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia