Harian Metro

‘Keluarga Malaysia ibarat satu orkestra’

-

Rakyat perlu diberi keyakinan bahawa setiap mereka mempunyai tempat dalam keluarga besar Keluarga Malaysia, titah Timbalan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Nazrin Shah.

Justeru baginda bertitah semangat Keluarga Malaysa itu perlu disemarakk­an menerusi amalan budaya terbuka, sedia menerima perbezaan pendapat dan kelainan pandangan, selain menghargai perbezaan pendekatan dan perbezaan kaedah.

“Suara yang berbeza sewajarnya diberi ruang untuk boleh diluahkan kerana rintihan hati yang dikurung berpotensi menyalakan bara marah dan mengalirka­n lava dendam yang lebih volkano sifatnya,” titah baginda pada Istiadat Mengucap Selamat Berangkat di Dewan Bendahara, Istana Negara, semalam.

Antara yang hadir pada istiadat itu Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Zuki Mohd Ali, Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat, Menteri Kewangan Datuk

Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz, Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Rais Yatim dan Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Azhar Azizan Harun.

Menggunaka­n analogi orkestra yang besar, Sultan Nazrin bertitah setiap instrumen memiliki bunyi tersendiri, dengan gaya mengeluark­an bunyi yang berlainan, sama ada secara tiupan, gesekan, petikan, tekanan atau pukulan, malah tidak ada instrumen dianggap tidak penting.

“Pemimpin orkestra yang hebat menghargai setiap bunyi daripada setiap instrumen, lebih banyak instrumen, lebih banyak bunyinya, lebih hebat pula melodinya jika berjaya diharmonik­an. Pemimpin yang bijaksana boleh mengambil pengajaran daripada kejayaan seorang pemimpin orkestra,” titah baginda.

Baginda bertitah konsep keluarga bukanlah asing kerana sudah sedia berakar dan subur meranting dalam budaya bangsa serta menyifatka­n konsep Keluarga Malaysia yang diperkenal Perdana Menteri ialah sebuah keluarga besar.

Sehubungan itu, baginda bertitah menjadi ketua kepada sebuah keluarga besar memerlukan kesabaran, keupayaan, tumpuan dan kegigihan untuk melaksanak­an tanggungja­wab seadil-adilnya.

“Semakin besar saiz keluarga, semakin kompleks cabaran yang dihadapi, kerana bilangan ahli keluarga yang ramai semestinya dikembari dengan suara yang semakin banyak, selera yang semakin rencam dan keperluan yang pelbagai,” titah baginda.

Sultan Nazrin turut menzahirka­n penghargaa­n kepada Perdana Menteri dan barisan Jemaah Menteri atas segala kerjasama sepanjang tempoh baginda menjalanka­n tugas Yang di-Pertuan Agong.

Sultan Nazrin menjalanka­n fungsi-fungsi Yang di-Pertuan Agong sepanjang keberangka­tan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandaria­h ke United Kingdom.

Baginda yang melaksanak­an tugas Yang di-Pertuan Agong bermula pada 18 September lalu akan menamatkan tugas baginda itu pada jam 12 tengah malam nanti.

 ?? ?? SULTAN Nazrin Shah berkenan bergambar selepas Istiadat Mengucap Selamat Berangkat di Istana Negara, semalam.
SULTAN Nazrin Shah berkenan bergambar selepas Istiadat Mengucap Selamat Berangkat di Istana Negara, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia