Harian Metro

Kilauan minyak empat kilometer

Premis selenggara kenderaan cemar Sungai Kubang Semang kena kompaun RM30,000

- Oleh Nur Izzati Mohamad am@hmetro.com.my

Sebuah premis penyelengg­araan kenderaan di Jalan Permatang Nibong di sini diarah menghentik­an pelepasan buangan minyak dan menjalanka­n kerja-kerja pembersiha­n tumpahan minyak yang memasuki Sungai Kubang Semang dengan segera bagi mengawal sebarang impak alam sekeliling yang lebih serius.

Pengarah Jas Pulau Pinang, Sharifah Zakiah Syed

Sahab berkata, kompaun RM30,000 turut dikenakan ke atas premis berkenaan atas kegagalan mematuhi peruntukan undang-undang mengikut Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Buangan Terjadual) 2005.

“Jas menerima aduan daripada orang awam berhubung pencemaran sisa minyak di sungai berkenaan jam 9.24 malam pada Sabtu lalu.

“Susulan itu, pegawai Jas turun menjalanka­n siasatan awal ke atas lokasi pencemaran buangan minyak terbabit yang mana pemeriksaa­n jam 11 malam Sabtu lalu itu dijalankan sekitar empat kilometer sepanjang sungai itu mengesan kilauan minyak.

“Pemeriksaa­n keesokan harinya (kelmarin) pula mendapati pelepasan buangan minyak itu berpunca daripada salah sebuah premis penyelengg­eraan kenderaan komersial atau lori berhampira­n sungai terbabit,” katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.

Katanya, hasil pemeriksaa­n lanjut mendapati pihak premis gagal menyelengg­ara perangkap minyak dan pemintas minyak dengan baik.

“Hal ini menyebabka­n berlakunya pencemaran minyak daripada premis terbabit ke dalam perairan daratan.

“Premis itu yang menjalanka­n perniagaan kontrak pengangkut­an komersial bersama dengan beberapa syarikat petrokimia utama di Malaysia turut didapati gagal menguruska­n buangan terjadual yang dihasilkan mengikut kehendak Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Buangan Terjadual) 2005.

“Selain itu, premis berkenaan juga gagal menyediaka­n orang yang berwibawa bagi menguruska­n buangan terjadual seperti kehendak Seksyen 49A, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974,” katanya.

 ?? ?? SISA minyak mengalir di dalam longkang sebelum memasuki Sungai Kubang Semang.
SISA minyak mengalir di dalam longkang sebelum memasuki Sungai Kubang Semang.
 ?? ?? PEGAWAI Jas Pulau Pinang melakukan siasatan dan pemeriksaa­n ke atas Sungai Kubang Semang yang didapati dicemari sisa minyak.
PEGAWAI Jas Pulau Pinang melakukan siasatan dan pemeriksaa­n ke atas Sungai Kubang Semang yang didapati dicemari sisa minyak.
 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia