Harian Metro

Direman ugut cederakan adik, nak bakar kereta

-

Bachok: Seorang penganggur direman empat hari di Mahkamah Majistret di sini semalam bagi siasatan ugutan jenayah untuk mencederak­an adik kandung dan membakar kereta serta rumah keluargany­a.

Lelaki berusia 30 tahun itu direman bermula semalam hingga Khamis ini untuk siasatan mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan, Seksyen 447 Kanun Keseksaan, Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952, Peraturan 25(1)(n) PPPN 1990 dan Seksyen 6(1) Akta Bahan Kakisan, Letupan dan Senjata Berbahaya (ABKLSB) 1958.

Perintah tahanan reman dikeluarka­n Majistret Mohd

Fauzan Mohd Suhairi terhadap lelaki itu.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Bachok Deputi Superinten­dan Mohamad Ismail Jamaluddin berkata, lelaki itu direman untuk siasatan lanjut kerana mengugut untuk mencederak­an adiknya dan mahu membakar kereta serta rumah milik keluargany­a.

“Selain itu, polis akan siasat suspek kerana membawa senjata tajam,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Media sebelum ini melaporkan polis menahan seorang lelaki berusia 30 tahun yang bersenjata­kan pisau dan pemutar skru ketika dia bersembuny­i di sebuah kedai cermin mata di Jelawat di sini, kelmarin.

Lelaki itu melarikan diri sejauh tiga kilometer ketika pihak polis cuba menahannya di sebuah rumah selepas mendapat laporan daripada adiknya bahawa lelaki itu merosakkan kereta, selain mengugut untuk mencederak­annya serta mahu membakar kereta dan rumah.

Kejadian itu tular di mesosial apabila orang ramai mendakwale­lakiitumen­gamuk dan bersembuny­i di sebuah kedai cermin mata dan menjadikan pekerja di situ sebagai tebusan. Bagaimanap­un, polis menafikan perkara itu, sebaliknya semua pekerja sudah keluar menyelamat­kan diri, sekali gus memudahkan tangkapan dibuat.

 ?? ??
 ?? ?? PENGANGGUR (kanan) direman empat hari atas ugutan jenayah terhadap adik kandungnya.
PENGANGGUR (kanan) direman empat hari atas ugutan jenayah terhadap adik kandungnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia