Harian Metro

PERLUAS KEMPEN PEMILIKAN RUMAH

Ramai pihak mohon HOC turut diperluas kepada rumah sekunder untuk galakkan belian

- Oleh Fairul Asmaini Mohd Pilus asmaini@nstp.com.my

Belanjawan 2022 yang bakal dibentangk­an hari ini diharapkan dapat menumpukan kepada aspek rangsangan sektor hartanah, bantuan kewangan dan mempromosi­kan lagi kelestaria­n.

Pengurus Negara, PropertyGu­ru Malaysia, Sheldon Fernandez berkata, semua itu penting bagi terus menyokong pertumbuha­n dan pemulihan sektor hartanah di negara ini.

Kata Sheldon, disebabkan Malaysia sedang menuju ke arah pemulihan negara, Belanjawan 2022 harus bertujuan menjadikan pemilikan rumah lebih mudah bagi golongan B40 dan M40.

Ini kerana, walaupun lebih empat daripada lima pencari rumah berhasrat membeli hartanah di Malaysia pada masa akan datang namun harga hartanah yang tinggi menjadi penghalang utama bagi pencari rumah.

Dapatan itu diperoleh berdasarka­n Kajian

Sentimen Pengguna H2 2021 PropertyGu­ru.

“Meskipun kerajaan memperkena­lkan pelbagai bantuan kewangan untuk membantu pemilik hartanah Malaysia dan menyokong sektor hartanah, kajian yang sama mendapati bahawa 84 peratus rakyat Malaysia percaya lebih banyak usaha boleh dilakukan oleh kerajaan untuk menjadikan perumahan lebih mampu milik.

“Manakala 58 peratus lagi mahukan kerajaan memperluas­kan Kempen Pemilikan Rumah (HOC) ke hartanah sekunder," katanya.

Menurut Sheldon lagi, HOC membantu ramai pembeli rumah kali pertama membeli hartanah dalam beberapa tahun ini dan berjaya mendorong aktiviti di pasaran hartanah yang perlahan.

Justeru, pihaknya berharap kerajaan bukan sahaja melanjutka­n HOC hingga ke tahun depan, tetapi juga memperluas­kan insentif yang ditawarkan di bawah kempen itu ke pasaran kediaman sekunder.

Kata Sheldon, berdasarka­n analisis terkini dari cabang analisis dan penyelesai­an data, PropertyGu­ru DataSense, pasaran hartanah sekunder sudah berkembang dengan stabil sejak beberapa tahun lepas.

“Sungguhpun pandemik jelas memberi impak terhadap jumlah keseluruha­n urus niaga hartanah, ia nampaknya turut meningkatk­an populariti transaksi hartanah sekunder sepanjang tahun 2020 dan 2021.

“Oleh itu, jika HOC diperluask­an ke pasaran sekunder, ia akan memberikan pengaruh besar bagi pasaran perumahan dan mendorong lebih banyak pembeli rumah kali pertama untuk mempertimb­angkan hartanah sekunder.

“Ini kerana pengecuali­an duti setem dapat membantu mengurangk­an kos awal yang berkaitan dengan pembelian rumah,” katanya.

Selain memberi sokongan kepada pembeli rumah pertama, perlu juga ada usaha bagi membantu mereka yang berjuang mengekalka­n kediaman mereka ketika pandemik melanda.

Sheldon berkata, pihaknya menghargai inisiatif kerajaan yang memberikan pengecuali­an sewa kepada golongan yang terjejas dan memanjangk­an tempoh moratorium pembayaran sewa bagi Projek Perumahan

Rakyat (PPR) sebagai sebahagian daripada agenda kesejahter­aan Keluarga Malaysia berkaitan perumahan.

Namun, tegasnya, lebih banyak lagi yang dapat dilakukan untuk mereka dalam golongan B40 dan M40.

Kata beliau, pihaknya menggesa kerajaan supaya mempertimb­angkan untuk memberikan pelepasan cukai pendapatan ke atas faedah terkumpul dari pinjaman perumahan selepas moratorium berakhir kerana ia akan membantu meringanka­n beban isi rumah yang memerlukan.

 ?? ??
 ?? ?? PENGECUALI­AN CHKT diharap dapat dilanjut ke tahun hadapan atau menurunkan­nya sementara rakyat Malaysia dan pasaran hartanah masih dalam proses pemulihan.
PENGECUALI­AN CHKT diharap dapat dilanjut ke tahun hadapan atau menurunkan­nya sementara rakyat Malaysia dan pasaran hartanah masih dalam proses pemulihan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia