Harian Metro

STATUZ KIAN MATANG

Tampil dengan album baharu berjudul Next Level, bawa mesej positif

- Oleh Ridzuan Abdul Rahman mohamadrid­zuan@ hmetro.com.my

Kira-kira 10 tahun lalu, kumpulan Statuz yang dianggotai Wafie selaku penyanyi, Zoul (gitar), Muiz (bass) dan Ah Mei (dram) pernah tampil dengan album pertama berjudul Inspirasi Xi.

Bagaimanap­un, album memuatkan lima lagu Yusarima dan Konspirasi Al Masikh kurang diterima berikutan perubahan arus muzik ketika itu.

Genre rock yang dibawakan mereka kurang mendapat tempat di hati pendengar sekali gus membuatkan mereka kurang dikenali.

Bagaimanap­un, Statuz tidak berputus asa dan kini mereka kembali dengan album terbaru berjudul Next Level.

Wafie berkata, album ini menampilka­n dua buah lagu terbaru yang lebih matang iaitu Siapa Aku dan Pendusta Nikmat sebagai pertaruhan.

“Kami bersyukur kerana mendapat didikan daripada pemain gitar,

Burn Crossfire yang turut mengendali­kan Quantize Studio & Production.

Kali ini Statuz kembali dengan penjenamaa­n semula merangkumi lagu, pengurusan dan imej yang lebih meyakinkan agar mendapat tempat di hati pendengar serta memeriahka­n lagi industri muzik tanah air.

“Walaupun kita berada dalam suasana pandemik Covid-19, ia bukan penghalang buat kami untuk terus mara dan berjuang,” katanya.

Menurutnya lagu Siapa Aku dicipta Ezra Yaakob manakala Pendusta Nikmat oleh Burn Crossfire dan Zoul Statuz.

“Lagu-lagu ini berkonsepk­an hard rock, manakala liriknya membawa mesej positif kepada pendengar. Sekiranya dihayati lirik lagu ini secara mendalam, ia seakan memberi peringatan dan mendorong pendengar ke arah kebaikan,” katanya.

Cabaran terbesar yang perlu dilalui kumpulan ini ialah untuk proses rakaman album memandangk­an terpaksa berdepan sekatan perjalanan akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Dalam masa sama, mereka juga perlu menguruska­n perniagaan yang menjadi punca utama pendapatan mereka.

Bermula Ogos lalu, Statuz sudah memulakan langkah pertama dengan melakukan promosi single ini menerusi pelbagai medium.

“Sekiranya keadaan mengizinka­n selepas ini, kami merancang untuk mempromosi­kan single dengan membuat ‘road tour’ di seluruh negara. Kalau ada rezeki kami juga berhasrat nak melebarkan sayap ke Indonesia,” katanya.

Sekiranya keadaan mengizinka­n selepas ini, kami merancang untuk mempromosi­kan single dengan membuat ‘road tour’ di seluruh negara. Kalau ada rezeki kami juga berhasrat nak melebarkan sayap ke Indonesia WAFIE

Anggota Statuz juga turut aktif di media sosial seperti Facebook, Instagram, Youtube dan TikTok untuk mempromosi­kan single mereka. Peminat boleh mendapatka­n perkembang­an lanjut menerusi Facebook WeAreStatu­z, YouTube Statuz2021_Official dan Instagram statuz2021_ official.

 ??  ?? STATUZ tidak berputus asa mencari kejayaan.
STATUZ tidak berputus asa mencari kejayaan.
 ??  ?? BERHASRAT mengembang­kan bakat ke Indonesia.
BERHASRAT mengembang­kan bakat ke Indonesia.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia