Harian Metro

Subur semangat merdeka

Petugas PPV BACC berpakaian bertema Malaysia meriahkan Hari Kebangsaan

- Oleh Muhaamad Hafis Nawawi mhafis@hmetro.com.my

Walaupun sibuk menjalanka­n amanah dan tanggungja­wab, petugas di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Pusat Konvensyen Bangi Avenue (BACC) tetap mengambil kesempatan memakai pakaian kebangsaan dan bertemakan Malaysia.

Ketua Penyelaras PPV BACC Hasfazilah Hassan berkata, sempena Hari Kebangsaan semalam, mereka bersetuju memakai pakaian bertemakan Malaysia apabila ada memakai sari, baju Melayu, baju kurung dan ada juga memakai kemeja-T bertemakan Hari Kebangsaan.

Katanya, ia inisiatif pihaknya demi melegakan tekanan dan memeriahka­n suasana menyambut Hari Kebangsaan 2021.

“Lagipun, bilangan penerima vaksin juga berkuranga­n di sini dan memberi kelegaan kepada kami.

“Ini juga cara melegakan tekanan kerana terpaksa bekerja setiap hari bermula jam 7.30 pagi hingga 8 malam,” katanya ketika ditemui di PPV BACC di sini, semalam.

Hasfazilah berkata, memakai pakaian seperti ini paling mudah dilakukan selain tidak mengganggu pekerjaan malah melambangk­an semangat Malaysia.

“Kami berkhidmat untuk negara dan ini pengorbana­n serta perlu menunaikan amanah dan tanggungja­wab diberikan,” katanya.

Sementara itu, petugas PPV BACC, Karthigah Saker, 26, berkata, ia pengalaman baharu baginya menyambut Hari Kebangsaan dalam suasana seperti itu.

“Saya ambil masa 30 minit untuk bersiap memakai pakaian sari dan menghias diri sebelum datang ke PPV BACC bagi menjalanka­n tugas menyuntik vaksin.

“Keamanan dan keharmonia­n dikecapi negara pada hari ini perlu dipertahan­kan untuk generasi akan datang,” katanya.

“Keamanan dan keharmonia­n dikecapi negara pada hari ini perlu dipertahan­kan Karthigah

 ??  ?? SEBAHAGIAN kakitangan dan sukarelawa­n mengibarka­n Jalur Gemilang sambil melaungkan ‘Merdeka’ tiga kali ketika meraikan Sambutan Hari Kebangsaan 2021 di BACC, Bangi.
SEBAHAGIAN kakitangan dan sukarelawa­n mengibarka­n Jalur Gemilang sambil melaungkan ‘Merdeka’ tiga kali ketika meraikan Sambutan Hari Kebangsaan 2021 di BACC, Bangi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia