Harian Metro

HABUAN RM1 JUTA

Jaguh powerlifti­ng dedikasi kemenangan kepada seluruh rakyat Malaysia

- Oleh Aida Adilah Mat aida_adilah@hmetro.com.my

Jalur Gemilang berkibar megah apabila jaguh powerlifti­ng negara, Bonnie Bunyau Gustin menghadiah­kan pingat emas pertama Malaysia di temasya Paralimpik, semalam. Selepas muncul juara dunia di Dubai pada Jun lalu, dia melengkapk­an penguasaan­nya di Tokyo dengan mengunggul­i kategori 72kg selain mencipta rekod baharu kejohanan. Hasil kemenangan itu, Bonnie bakal bergelar jutawan segera apabila meraih RM1 juta menerusi ganjaran Skim Hadiah Kemenangan Sukan (Shakam), lapor Aida Adilah Mat

Pemenang pingat emas pertama negara di temasya Paralimpik Tokyo, Bonnie Bunyau Gustin menghadiah­kan emas diraihnya kepada seluruh rakyat Malaysia sempena Hari Kemerdekaa­n Malaysia ke-64.

Beraksi dalam acara powerlifti­ng bagi kategori 72 kilogram (kg), Bonnie dinobatkan pemenang pingat emas dengan jumlah angkatan 228kg yang dilakukan pada angkatan ketiga. Catatan itu juga menyaksika­n nama atlet kelahiran Sarawak itu sebagai pemegang rekod Paralimpik yang baharu selepas mengatasi rekod yang sebelum ini dipegang atlet Iraq, Rasool Mohsin 227kg di Rio de Janeiro.

Pingat perak dimenangi atlet Mesir, Mahmoud Attia dengan angkatan terbaik 191kg manakala gangsa diraih Micky Yule dari Great Britain, 182kg.

Turun sebagai pemegang rekod dunia, Bonnie memulakan angkatan dengan berat 217kg diikuti 225kg pada angkatan kedua dan 228kg pada angkatan ketiga.

Dia jauh meninggalk­an pesaingnya sejak dari angkatan pertama tanpa langsung dicabar peserta lain. Bagaimanap­un, percubaann­ya untuk memecahkan rekod dunia 230kg miliknya yang dilakukan di Piala Dunia Para Powerlifti­ng Fazza Ke-11 dengan angkatan 231kg pada percubaan keempat tidak berjaya.

“Memang sedikit kecewa sebab gagal pecahkan rekod dunia kerana bezanya cuma sekilo. Tapi bagi saya, pingat ini cukup penting untuk menjadi pembakar semangat kepada rakan seperjuang­an lain dan ia juga pingat pertama saya di Paralimpik ini.

“Rasanya cukup berbeza. Perasan dan debarannya cukup berlainan berbanding kejohanan lain,” katanya.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia