Harian Metro

Takaful eksklusif buat pelanggan LPPSA

-

Kuala Lumpur: Syarikat Takaful Malaysia Keluarga Berhad (Takaful Malaysia) melalui anak syarikatny­a, Syarikat Takaful Malaysia Am Berhad (STMAB) bekerjasam­a dengan Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA) memperkena­lkan pelan kemalangan diri yang berpatutan secara eksklusif untuk pelanggan LPPSA.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Datuk Seri Mohamed Hassan Kamil berkata, Takaful myProtect PA adalah satu lagi mercu tanda kepada hubungan kerjasama yang lama terjalin.

Katanya, ketika ini pihaknya antara panel insurans untuk LPPSA yang menawarkan Mortgage Reducing Term Takaful (MRTT) bagi pembiayaan rumah kepada kakitangan di sektor awam.

“Tawaran Takaful myProtect PA melalui Program i-Prihatin LPPSA ini adalah bukti komitmen berterusan kami dalam menyediaka­n penyelesai­an insurans untuk memenuhi pelbagai keperluan pelanggan LPPSA dan tambah nilai pada produk dan perkhidmat­an yang kami tawarkan,” katanya dalam kenyataan.

Skim berkenaan menyediaka­n perlindung­an kemalangan diri secara menyeluruh sekiranya berlaku kematian akibat kemalangan, keilatan menyeluruh atau separuh dan kekal sehingga RM100,000.

Pelanggan LPPSA layak untuk memohon pelan perlindung­an tambahan dengan sumbangan berpatutan pada hanya RM100 setahun serta menerima pelbagai manfaat dan perlindung­an, termasuk perlindung­an tambahan untuk kematian akibat kemalangan atau keilatan menyeluruh dan kekal akibat kemalangan ketika melancong ke luar negara atau dalam pengangkut­an awam.

Katanya, selain itu ia juga memberikan manfaat dan perlindung­an lain seperti badal haji, perbelanja­an perubatan dan bayaran ambulans, perbelanja­an pengebumia­n, elaun kecederaan akibat diragut, kehilangan akibat rompakan mesin pengeluara­n wang automatik, elaun penyembuha­n denggi, dan pendapatan harian hospital akibat kemalangan,” katanya.

 ??  ?? MOHAMED Hassan
MOHAMED Hassan

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia