Harian Metro

Mohon doa emak sembuh

Ibu Syamel ditidurkan akibat kurang oksigen dalam badan

- Oleh Georgie Joseph georgie@hmetro.com.my

Penyanyi Syamel, 28, memohon doa ramai untuk kesembuhan ibunya, Wan Faaizah Karim, 55, yang kini terpaksa ditidurkan akibat kekurangan oksigen dalam badan.

Syamel atau nama sebenarnya Syameel Aqmal Mohd Fodzly memaklumka­n ibunya sudah tiga minggu dimasukkan ke hospital dan kini berada dalam unit rawatan rapi (ICU).

Bagaimanap­un,

Syamel menafikan ia disebabkan jangkitan wabak Covid-19.

“Sudah tiga minggu ibu masuk hospital dan sejak seminggu lalu, dia terpaksa ditidurkan. Ini kerana dia kini terpaksa bergantung dengan bantuan pernafasan kerana kekurangan oksigen dalam badan.

“Puncanya pun kami tak tahu apa. Selama ini, dia tidak pernah mengalami masalah kesihatan yang serius dan ini pertama kali dia dimasukkan ke wad sepanjang hidupnya. “Harap semua dapat mendoakan agar kesihatan ibu saya kembali pulih. Doakan juga kesejahter­aannya,” katanya.

Penyanyi lagu Lebih Sempurna itu juga reda tidak dapat melawat ibunya di hospital disebabkan situasi pandemik Covid-19 ketika ini.

Namun, dia berharap pernafasan ibunya akan cepat kembali baik.

“Sehingga kini saya belum dapat melawat ibu kerana terikat dengan prosedur operasi standard (SOP) hospital. Pihak hospital memang tidak benarkan ahli keluarga melawat lebih-lebih lagi dalam keadaan Covid-19 sekarang.

“Doktor nasihatkan ibu terpaksa ditidurkan. Ini kerana golongan usia sebegitu banyak menggunaka­n oksigen walaupun bergerak sedikit. Kalau dia boleh bernafas sendiri dalam 40 peratus pun, doktor kata sudah okay,” katanya.

Terdahulu, Syamel berkongsi kebimbanga­n itu dan meminta doa semua menerusi Instagram Stories.

Harap semua dapat mendoakan agar kesihatan ibu saya kembali pulih

Syamel

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia