Harian Metro

Dera dua beradik

Pengasuh, suami dan anak saudara mengaku tidak bersalah

- Oleh Mohamed Farid Noh farid_noh@bh.com.my

Seorang pengasuh, suami dan anak saudaranya yang masih di bawah umur didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, semalam atas dua tuduhan mendera dua beradik berusia tiga serta dua tahun, Jun lalu.

Tertuduh, Fazelina Mohd Lias, 37, Mansor Saat, 57, dan anak saudara perempuan berusia 13 tahun, bagaimanap­un mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Ahmad Fuad Othman.

Mengikut pertuduhan, ketiga-tiga tertuduh yang secara bersama-sama menjaga dua kanak-kanak itu didakwa menganiaya­i mereka sehingga menyebabka­n kecederaan fizikal di sebuah rumah di Taman Bukit Kempas di sini, kira-kira jam 3 petang, 10 Jun lalu.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 31(1) akta yang sama dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan, yang memperuntu­kkan hukuman denda maksimum RM20,000 atau penjara maksimum 20 tahun atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Mahkamah juga hendaklah menambah hukuman tambahan mengikut Seksyen 31(2) iaitu bon berkelakua­n baik selama tempoh serta syarat ditetapkan, selain melaksanak­an khidmat masyarakat, jika sabit kesalahan.

Kes dikendalik­an Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Qaiyyum Ramlan, manakala ketiga-tiga tertuduh tidak diwakili peguam.

Muhammad Qaiyyum kemudian menawarkan jaminan masing-masing sebanyak RM20,000 terhadap Fazelina dan suaminya, selain RM5,000 terhadap remaja itu, selain syarat tambahan supaya ketiga-tiga tertuduh tidak mengganggu saksi pendakwaan.

Dalam rayuannya, Fazelina merayu mahkamah mengurangk­an jumlah jaminan berikutan dia hanya suri rumah dan tidak bekerja, manakala Mansor membuat rayuan sama mengambil kira pendapatan­nya hanya RM1,600 sebagai pemandu lori dan menanggung keluarga termasuk seorang anak.

Remaja berusia 13 tahun ketika diminta mahkamah membuat rayuannya pula hanya mendiamkan diri dan tidak berkata apa-apa.

Mahkamah kemudian memerintah­kan pengasuh berkenaan dan suaminya dijamin RM8,000 dengan seorang penjamin, manakala ibu bapa remaja itu diperintah­kan membayar RM1,500 dengan seorang penjamin, sebagai jaminan.

Sebutan semula kes ditetapkan pada 22 Ogos depan untuk penyerahan dokumen termasuk laporan akhlak daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) selain membolehka­n tertuduh melantik peguam.

Pada 18 Jun lalu, media melaporkan seorang pengasuh, suami serta anak saudaranya dari Taman Bukit Kempas, di sini, ditahan polis dipercayai terbabit mendera dua adik beradik lelaki berusia dua dan tiga tahun sejak Jun lalu.

Kedua-dua mangsa dilaporkan didera dengan cara dipukul, disepak dan dipijak.

 ??  ?? FAZELINA (dua dari kanan) dan anak saudaranya didakwa atas dua pertuduhan mendera dua beradik di Mahkamah Sesyen Johor Bahru, semalam.
FAZELINA (dua dari kanan) dan anak saudaranya didakwa atas dua pertuduhan mendera dua beradik di Mahkamah Sesyen Johor Bahru, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia