Harian Metro

Lebih 95 peratus ahli Parlimen sudah divaksin

-

Kuala Lumpur:

Lebih 95 peratus daripada 220 ahli Parlimen sudah melengkapk­an dua dos suntikan vaksin Covid-19 manakala 12 yang lain baru memperoleh suntikan pertama.

Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun berkata, hanya tiga ahli Parlimen saja yang masih belum menerima sebarang vaksin Covid-19 atas sebab tertentu, bagaimanap­un mereka tetap dibenarkan hadir ke persidanga­n Dewan Rakyat.

“Semua ahli Parlimen tetap dibenarkan datang ke Dewan Rakyat walaupun ada yang tidak divaksin atau tidak lengkap vaksin dua dos.

"Ahli Parlimen tidak divaksin masih dibenarkan hadir ke Dewan Rakyat, kita akan nasihat mereka supaya berhati-hati kerana kita tidak boleh menahan mereka dari datang menunaikan tugas mereka sebagai wakil rakyat seperti termaktub dalam Perlembaga­an," katanya pada sesi sidang media secara maya bagi memperinci­kan persiapan Sidang Khas Parlimen.

Persidanga­n khas Dewan Rakyat akan diadakan selama lima hari mulai hari ini manakala sidang Dewan Negara pula diadakan selama tiga hari bermula 3 Ogos.

Azhar berkata, sebelum ini beliau mengadakan perbincang­an dengan Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (Pick) Khairy Jamaluddin Abu Bakar yang bersetuju supaya semua petugas Parlimen divaksinas­i dan setakat ini 90 peratus petugas Parlimen sudah lengkap dua dos suntikan vaksin.

Azhar berkata, selain itu pihak Parlimen menetapkan house rule antaranya memastikan setiap individu lain yang datang ke Parlimen termasuk pekerja kontraktor, kakitangan kementeria­n, pengawal peribadi dan pegawai pengiring menteri divaksin terlebih dahulu.

"Kami akan periksa di luar sebelum mereka dibenarkan masuk, kalau tidak divaksinas­i, kami akan halang daripada memasuki Parlimen," katanya.

Sebagai langkah keselamata­n juga, Azhar berkata, setiap individu seperti ahli Parlimen, pegawai bertugas, kakitangan Parlimen, petugas media, pekerja kontraktor, pemandu dan pengawal keselamata­n peribadi perlu menjalani ujian saringan.

Seramai 1,008 orang menjalani ujian saringan pada Rabu lalu manakala semua ahli Parlimen disaring pada Jumaat lalu.

Menurut Azhar, Parlimen juga menetapkan menteri hanya boleh membawa tiga pegawai pengiring manakala bagi timbalan menteri pula dua orang dan ahli Parlimen hanya dibenarkan seorang pegawai pengiring.

“Saya juga menetapkan Ketua Pembangkan­g boleh membawa tiga pegawai pengiring manakala bagi pegawai kementeria­n yang perlu datang untuk membantu menteri untuk sesuatu isu dibenarkan tiga orang saja,” katanya.

Selain itu, Parlimen turut menambah baik persidanga­n dengan memperkena­l dan menyediaka­n kemudahan platform sidang media secara hibrid dan sesi temu bual interaktif eksklusif dengan ahli Dewan Rakyat melalui aplikasi Zoom.

 ??  ?? AZHAR Azizan
AZHAR Azizan

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia