Harian Metro

Rekod kadar vaksinasi terpantas

Malaysia hampiri Jepun dari segi jumlah penduduk sudah terima satu dos vaksin Covid-19

- Oleh Nor ‘Asyikin Mat Hayin asyikin.mat@hmetro.com.my

Malaysia kini menjadi antara negara dengan kadar vaksinasi terpantas di dunia dan menghampir­i Jepun dari segi jumlah penduduk yang sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin Covid-19.

Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (Pick) Khairy Jamaluddin berkata, Malaysia juga berjaya mengatasi negara maju seperti Australia dan Korea Selatan.

Beliau berkata, pada Khamis lalu, Pick mencatat rekod suntikan vaksinasi harian tertinggi iaitu 507,050 merangkumi 335,977 individu menerima suntikan vaksin dos pertama dan 171,073 bagi dos kedua.

“Berdasarka­n pencapaian itu ia dapat menangkis tuduhan segelintir pihak mengatakan pelaksanaa­n Pick di negara ini agak perlahan.

“Kekangan terjadi bukan disebabkan masalah keupayaan, kemampuan dan kapasiti, tetapi berpunca daripada pengagihan bekalan vaksin tidak adil serta dimonopoli negara maju.

“Negara maju seperti Kanada, United Kingdom dan Amerika Syarikat membeli vaksin pada kadar 500 peratus daripada jumlah populasi pendudukny­a,” katanya dalam temu bual bersama media secara maya.

Kuala Lumpur:

yang juga Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi berkata, pencapaian ini menunjukka­n kesungguha­n kerajaan dalam melaksanak­an Pick.

“Saya harap jika momentum ini dapat dikekalkan dan sasaran 80 peratus penduduk negara ini lengkap dua dos suntikan vaksin, Insya-Allah imuniti kelompok dapat dicapai pada Oktober atau November nanti.

“Pada masa ini, sebanyak 16 peratus populasi di negara ini sudah lengkap dua dos suntikan vaksin Covid-19.

“Saya harap akhir Ogos, kita dapat mencapai nilai ambang 40 peratus populasi dewasa yang lengkap dua dos vaksinasi.

“Berkemungk­inan pada waktu itu dapat melihat bilangan pesakit dimasukkan ke hospital berkuranga­n dan kadar kematian juga menurun,” katanya.

Menurutnya, pesakit Covid-19 warga emas kategori empat dan lima yang dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh juga menunjukka­n penurunan selepas pelaksanaa­n Pick fasa kedua.

Dalam pada itu beliau berkata, pencapaian ini dibantu 2,204 Pusat Pemberian Vaksin (PPV) yang beKhairy roperasi di seluruh negara.

“Ia diperkasak­an lagi dengan pelbagai pendekatan dalam pelaksanaa­n Pick termasuk Program Outreach Vaksinasi Covid-19 dan Unit Vaksinasi Bergerak untuk golongan rentan.

“Kita tidak minta mereka datang ke PPV Mega sebaliknya menghantar vaksin kepada golongan terbabit,” katanya.

Sementara itu, dalam perkembang­an lain Khairy berkata, Institut Keselamata­n dan Kesihatan Pekerjaan Kebangsaan (Niosh) sudah memberikan laporan pertama kajian sistem pengudaraa­n di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Mega di PWTC.

“Selain itu, Niosh turut membuat pemeriksaa­n lalu lintas termasuk ruang menunggu, ruang pendaftara­n dan ruang vaksinasi.

“Berdasarka­n pemeriksaa­n Niosh mendapati keadaan semasa di PPV Mega PWTC memuaskan dan saya meminta pemeriksaa­n yang sama dijalankan di semua PPV di negara ini,” katanya. Jelasnya, ia bertujuan memastikan tiada masalah pengudaraa­n yang statik di PPV.

“Kita mahu sistem pengudaraa­n dan pendingin hawa di semua PPV dalam keadaan yang baik. “Meskipun ada berlaku satu atau dua kes positif di PPV, tetapi keseluruha­nnya pusat terbabit adalah selamat dan tidak mencetuska­n kluster yang besar,” katanya.

“Insya-Allah imuniti kelompok dapat dicapai pada Oktober atau November nanti Khairy

 ??  ?? MALAYSIA berjaya mecapai kadar vaksinasi terpantas mengatasi negara maju seperti Australia dan Korea Selatan.
MALAYSIA berjaya mecapai kadar vaksinasi terpantas mengatasi negara maju seperti Australia dan Korea Selatan.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia