Harian Metro

Cacat angkara minyak tumpah

-

Melaka:

Siapa menyangka tumpahan minyak di atas lantai menyebabka­n seorang lelaki tergelinci­r sebelum menjadi cacat kekal sejak hampir empat tahun lalu.

Kemalangan yang berlaku di sebuah hotel itu menyebabka­n Norazlan Ali, 34, tidak mampu lagi bekerja dan terpaksa bergantung hidup kepada bantuan bulanan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) serta Majlis Agama Islam Melaka (Maim).

Kemalangan di tempat kerja pada 2018 itu menyebabka­n dia tidak berupaya menyara isteri, Raihana Izyan Azman, 33, dan anak tunggal berusia tiga tahun.

Menyorot kembali tragedi itu, Nurazlan berkata, dia yang bertugas sebagai pembantu tukang masak di sebuah hotel di Tengkera, tidak menyedari ada tumpahan minyak di atas lantai.

“Saya terpijak minyak sebelum jatuh telentang dan terus masuk ke dalam longkang menyebabka­n paha kanan patah dan terpaksa memakai tongkat hingga kini.

“Waktu itu saya baharu bekerja dua bulan dan belum disahkan dalam jawatan serta belum mencarum sekurang-kurangnya dua tahun dalam Pertubuhan Keselamata­n Sosial (Perkeso) untuk melayakkan saya diberikan perlindung­an pencen ilat,” katanya ketika menerima sumbangan Aidilfitri daripada Pelabuhan

Tanjung Bruas Sdn Bhd (PTB) di Dewan Jawatankua­sa Pembanguna­n dan Penyelaras­an Dewan Undangan Negeri (Japerun) Pantai Kundor, Tanjung Kling di sini, semalam.

Sumbangan disampaika­n Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pantai Kundor, Datuk Nor Azman Hassan.

Turut hadir, Ketua Eksekutif PTB, Md Derick Basir dan Pengurus Besar PTB, Mohd Nizam Ibrahim.

Seramai 100 anggota komuniti dalam Dun Pantai Kundor menerima duit raya dan bahan makanan daripada PTB manakala kuih raya disumbangk­an Nor Azman.

 ??  ?? NORAZLAN menunjukka­n besi yang dipasang pada pahanya kepada Nor Azman.
NORAZLAN menunjukka­n besi yang dipasang pada pahanya kepada Nor Azman.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia