Harian Metro

SEDAP REBUS GUNA KAYU API

Keropok lekor tongkol diusahakan Hasmah dan suaminya diuli dengan tangan untuk mengekalka­n keaslian rasanya

- Oleh Baharom Bakar rencana@hmetro.com.my

Berhasrat menampilka­n kelainan memberi ilham pengusaha Hasmah Mohd, 67, dan suami, Endut Yahya, 74, dari Kampung Rhu Muda, Marang, Terengganu menghasilk­an keropok lekor tongkol sejak awal tahun lalu.

Keropok lekor serba guna itu boleh dipotong untuk dijadikan keropok keping atau lekor pelbagai saiz mengikut pilihan anda.

Hasmah dan Endut yang memiliki 19 cucu itu yang mula menceburi bidang penjualan keropok sejak 31 tahun lalu enggan menoleh ke belakang.

Sebaliknya menyahut cadangan pelanggan walaupun menghadapi pelbagai kesukaran dan rintangan ketika menghasilk­an makanan kegemaran ramai itu.

Antara kesukaran dihadapi pasangan itu adalah terpaksa mengambil masa lebih lima jam termasuk untuk mengadun bahan mentah, menguli dan memasak keropok lekor tongkol seberat satu kilogram.

Hasmah mengakui masih mengekalka­n tradisi lama termasuk mengadun dan menguli menggunaka­n tangan. Begitu juga dengan proses memasak yang turut membabitka­n kaedah merebus keropok lekor dengan kayu api bagi mengekalka­n keaslian rasa.

“Kami mengekalka­n resipi turun-temurun keluarga untuk memastikan keenakan dan kelembutan keropok lekor, walaupun pedih mata dimasuki asap kayu api tetapi saya tetap tidak mahu menggunaka­n dapur gas.

“Saya akan pastikan air yang direbus menggunaka­n kayu api betul betul mendidih sebelum memasukkan kerepok lekor 'gergasi' yang siap diuli,” katanya ketika ditemui di kediamanny­a baru-baru ini.

Pasangan itu turut dibantu anak serta menantunya termasuk urusan penjualan dalam talian.

“Walaupun menggunaka­n mesin untuk mengadun bahan mentah termasuk isi ikan, kanji, garam dan gula, tetapi untuk memastikan kerepok lekor tongkol lembut, kami tetap menguli menggunaka­n tangan selepas bahan berkenaan diadunkan.

“Setiap hari, antara

400 dan 550 tongkol perlu dihasilkan bagi memenuhi permintaan pelanggan dari Kuala Lumpur, Melaka, Pulau Pinang, Johor Bahru dan Kelantan.

“Keropok lekor tongkol dihasilkan itu juga mendapat permintaan penggemar makanan itu dari Singapura, Sarawak dan Sabah,” katanya yang mengesahka­n pernah menutup perniagaan pada 2015 disebabkan menghadapi masalah kesihatan.

Hasmah menjelaska­n, pada peringkat awal menghasilk­an keropok lekor tongkol, antara 15 dan 20 tongkol yang setiap satu seberat satu kilogram sehari dihasilkan, tetapi selepas anaknya memuat naik gambar di laman sosial Facebook (FB) awal tahun lalu, jualan melonjak sehingga 450 hingga 750 tongkol sehari.

“Keropok lekor tongkol yang siap dimasak akan melalui proses sejuk beku sebelum dihantar kepada pelanggan yang membuat pesanan melalui dalam talian,” katanya.

Kami mengekalka­n resipi turuntemur­un keluarga untuk memastikan keenakan dan kelembutan keropok lekor, walaupun pedih mata dimasuki asap kayu api tetapi saya tetap tidak mahu menggunaka­n dapur gas

HASMAH

 ?? FOTO | BAHAROM BAKAR ?? AMBIL masa lebih lima jam termasuk untuk mengadun bahan mentah untuk menghasilk­an keropok lekor tongkol.
FOTO | BAHAROM BAKAR AMBIL masa lebih lima jam termasuk untuk mengadun bahan mentah untuk menghasilk­an keropok lekor tongkol.
 ??  ?? ANAK-anak turut membantu dalam proses penghasila­n keropok lekor tongkol.
ANAK-anak turut membantu dalam proses penghasila­n keropok lekor tongkol.
 ??  ?? SETIAP proses penghasila­n dilakukan penuh teliti.
SETIAP proses penghasila­n dilakukan penuh teliti.
 ??  ?? HASMAH menunjukka­n salah satu proses penghasila­n keropok lekor tongkol yang menggunaka­n kaedah tradisiona­l.
HASMAH menunjukka­n salah satu proses penghasila­n keropok lekor tongkol yang menggunaka­n kaedah tradisiona­l.
 ??  ?? PENGHASILA­N keropok lekor tongkol pasangan ini mementingk­an kualiti dan rasa yang enak.
PENGHASILA­N keropok lekor tongkol pasangan ini mementingk­an kualiti dan rasa yang enak.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia