Harian Metro

1,555 kes baharu direkod semalam

-

KKM merekodkan enam lagi kematian hari ini (semalam) menjadikan jumlah kumulatif setakat ini 1,141 kes”

Dr Noor Hisham

Kuala Lumpur: Kes harian Covid-19 menurun lagi semalam dengan 1,555 kes direkodkan Kementeria­n Kesihatan Malaysia (KKM) setakat jam 12 tengah hari.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ia menjadikan kes kumulatif penularan wabak itu dalam negara sebanyak 304,135 kes dengan kes kebolehjan­gkitan sebanyak 24,563.

Menurutnya, KKM turut merekodkan 2,528 kes sembuh menjadikan kumulatif kes sembuh di negara ini berjumlah 278,431.

Katanya, seramai 204 pesakit menerima rawatan di unit rawatan rapi (ICU) dengan 96 daripadany­a memerlukan bantuan alat pernafasan.

“KKM merekodkan enam lagi kematian hari ini (semalam) menjadikan jumlah kumulatif setakat ini 1,141 kes.

“Kes kematian pada hari ini (semalam) membabitka­n tiga kes di Selangor dan masing-masing satu kes di Sabah, Kuala Lumpur dan Perak.

“Sebanyak lima kes membabitka­n warganegar­a dan satu kes bukan warganegar­a,” katanya dalam sidang media, semalam.

Mengulas lebih lanjut mengenai penularan pandemik itu, beliau berkata, terdapat tiga kes import yang membabitka­n semuanya bukan warganegar­a, manakala penularan tempatan iaitu 1,552 kes dengan 1,108 daripada warganegar­a dan 444 bukan warganegar­a.

Beliau menjelaska­n, Selangor melaporkan kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 672 kes (43.2 peratus).

“Daripada jumlah ini, sebanyak 573 kes (85.3 peratus) adalah daripada kluster-kluster dan saringan kontak rapat Covid-19 yang aktif dijalankan di lapangan.

“Ini diikuti oleh Johor sebanyak 163 kes (10.5 peratus) dan Sarawak sebanyak 159 kes (10.2 peratus).

“Sebanyak 47 kes (3.0 peratus) yang dilaporkan pula adalah berkaitan kluster-kluster di penjara,” katanya.

Menurutnya, ia yang membabitka­n Kluster Penjara Jalan Harapan (24 kes), Kluster Tembok Taiping (9kes), Kluster Tembok Pengkalan Chepa (8 kes), Kluster Penjara Jalan Sungai Jelok (4 kes), Kluster Tembok Tapah (1 kes) dan Kluster Telok Mas (1 kes).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia