Harian Metro

RENTAS DAERAH DIBENAR KECUALI SABAH

Pergerakan dalam negeri dibenar bermula 5 Mac kecuali Sabah

- Oleh Yusmizal Dolah Aling yusmizal@ hmetro.com.my

Rentas daerah dalam negeri dibenarkan kecuali Sabah manakala rentas negeri kekal tidak dibenarkan bermula Jumaat ini.

Semalam kerajaan turut mengumumka­n Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) di tujuh negeri bermula Jumaat ini sehingga 18 Mac 2021.

Menteri Kanan (Keselamata­n), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, negeri terbabit adalah Perlis, Terengganu, Pahang, Putrajaya, Labuan, Sabah dan Melaka.

Katanya, sidang khas Majlis Keselamata­n Negara (MKN) juga memutuskan melaksanak­an Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Johor, Negeri Sembilan, Kuala Lumpur, Selangor, Pulau Pinang, Perak, Kedah dan Kelantan.

Katanya, manakala PKPB di Sarawak bermula hari ini sehingga 15 Mac depan.

“Sidang khas juga bersetuju membenarka­n rentas daerah berkuat kuasa 5 Mac dibenarkan kecuali negeri Sabah.

“Bagaimanap­un rentas negeri belum dibenarkan,” katanya pada sidang media Perintah Kawalan Pergerakan semalam.

Bagi negeri Sabah katanya, kerajaan negeri itu meminta supaya rentas daerah tidak dibenarkan dua minggu lagi berdasarka­n situasi semasa.

Sementara itu, semua majlis rasmi, tidak rasmi sama ada kerajaan atau swasta, majlis sosial seperti kenduri, majlis perkahwina­n dan pertunanga­n dibenarkan.

Ismail Sabri berkata, selain itu majlis akikah, doa selamat, tahlil, sambutan ulang tahun, sambutan hari kelahiran, reunion, retreat dan majlis sosial lain juga dibenarkan bermula tarikh itu.

Katanya, had kehadiran bagi kawasan PKPB adalah 50 peratus keluasan premis manakala bagi PKPP, ia mengikut keluasan premis.

“Produk pelanconga­n seperti zoo, ladang, akuarium, pusat edutainmen­t, taman rekreasi ekstrim, kita benarkan.

“Premis hasil seni, budaya dan warisan seperti muzium, perpustaka­an, galeri seni, pusat atau pun kampung warisan seni budaya, pentas persembaha­n budaya, taman tema dan pusat hiburan keluarga, spa, refleksolo­gi, kesihatan termasuk perkhidmat­an pedicure dan manicure juga dibenarkan, mengikut syarat lesen pihak berkuasa tempatan yang mana lebih awal,” katanya pada sidang media harian PKP.

Beliau turut mengumumka­n penamatan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat­kan (PKPD) di Perumahan Townvilla dan semua blok flat Sibujaya pada 4 Mac 2021 kecuali Blok C,H,J,K,L,N dan R yang dilanjutka­n bermula 5 sehingga 11 Mac 2021.

 ??  ??
 ??  ?? ORANG awam menggunaka­n payung bagi melindungi diri daripada cuaca panas ketika tinjauan cuaca panas di sekitar Kuala Lumpur, semalam. Fasa akhir Monsun Timur Laut
ORANG awam menggunaka­n payung bagi melindungi diri daripada cuaca panas ketika tinjauan cuaca panas di sekitar Kuala Lumpur, semalam. Fasa akhir Monsun Timur Laut

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia