Harian Metro

TAWAR KEDIAMAN LEBIH PRIVASI

Jade Hills, Kajang menggabung­kan hutan sekunder dengan persekitar­an semula jadi lengkap fasiliti

- Oleh Hartini Mohd Nawi hartini@hmetro.com.my

Jade Hills, Kajang, Selangor antara perbandara­n dimajukan Gamuda Land lengkap dengan landskap yang subur dan semula jadi selain pembanguna­nnya dikendalik­an dengan teliti.

Biarpun pasaran hartanah mencabar kerana penularan pandemik Covid-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanak­an kerajaan namun fasa pertama Blossom Springs di Jade Hills kini sudah 90 peratus ditempah.

Blossom Springs itu terdiri daripada unit super link dengan susun atur empat bilik tidur, empat bilik mandi pada keluasan binaan dari 2,508 kaki persegi.

Pemajunya mengaitkan kejayaan projek itu dengan reka bentuk kediaman eksklusif khusus buat generasi akan datang.

Menurut Pengurus Besar Jade Hills, Wee Pang Siang, melihat kepada sambutan luar biasa fasa satu, pihaknya melancarka­n super link villa di Blossom Springs selain menjangkak­an semua unit akan dijual sepenuhnya dalam enam bulan akan datang.

“Selepas beberapa bulan berdepan PKP dan pandemik Covid-19, Gamuda Land berada pada kedudukan yang baik berusaha memenuhi keperluan cita rasa dan keperluan hartanah masyarakat di negara ini,” katanya.

Berkeluasa­n 13.6 hektar, villa di Blossom Springs menawarkan kawasan antara paling luas di Kajang sekali gus membolehka­n pendudukny­a merasai pengalaman yang menarik.

Seterusnya, pelan induk pembanguna­n Jade Hills yang menggabung­kan hutan sekunder dengan persekitar­an semula jadi nyata memberikan suasana kehidupan lebih privasi.

Begitu juga dengan

Central Park berperanan sebagai bahagian tengah perbandara­n yang menghubung­kan kediaman dengan taman lengkap kemudahan rekreasi.

Di Central Park, komuniti dapat berkumpul selain kekal dengan gaya hidup sihat dengan persekitar­an semula jadi dikeliling­i flora dan fauna.

“Kami sangat menyukai persekitar­an di bandar ini dan ia antara sebab utama kami membeli kediaman di sini. Ia menawarkan sesuatu yang unik di tengah kesibukan Kajang, iaitu rumah privasi dengan persekitar­an, taman dan pelbagai tasik,” kata salah seorang pembeli Blossom Springs yang dikenali sebagai Chan.

Sebagai sebahagian dari Jade Hills, penduduk Blossom Springs turut berpeluang menikmati kemudahan lain termasuk Jade Hills Resort Club dan Sekolah Antarabang­sa Eaton.

Selain pelbagai pilihan tempat makan di Jade Square, kawasan bandar hab komersial bersepadu itu pada masa sama menyediaka­n ruang runcit premium dua tingkat dan tiga tingkat.

 ??  ?? BLOSSOM Springs antara kediaman pilihan anda.
BLOSSOM Springs antara kediaman pilihan anda.
 ??  ?? MENAWARKAN persekitar­an yang selesa dan privasi.
MENAWARKAN persekitar­an yang selesa dan privasi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia