Harian Metro

RISIKO BERARAS TINGGI

Ahmad Syauqi nyaris kemalangan apabila soket penghubung terbuka melayang melepasi muka

-

“Permulaan saya dalam bidang ini agak ‘struggle’ kerana bukan daripada bidang kejurutera­an elektrik dan elektronik mahupun mekanikal yang sangat diperlukan untuk memahami cara kendalian teknologi ROV menggunaka­n gabungan antara sistem elektronik dan hidraulik.

“Dulu jumlah juruteknik dalam bidang ini sangat sedikit dan atas sebab itu ada pengecuali­an ketika saya dapat tawaran bekerja dalam satu projek membabitka­n satu syarikat minyak dan gas tempatan.

“Saya ikuti latihan ketika dalam industri dan bernasib baik apabila berpeluang bekerja dengan syarikat pembuat ROV tempatan yang mempunyai pengetahua­n dan kepakaran mengenai teknologi terbabit.

“Disebabkan itu juga pendedahan saya terhadap kerjaya sebagai

Pilot Juruteknik ROV lebih cepat kerana ketika itu banyak projek dan saya bekerja di bawah rakan sekerja dan penyelia mahir,”katanya turut didorong minat membuatkan kekal dalam bidang itu.

Meskipun tidak lagi bertugas di pelantar, beliau masih meneruskan kerjaya dalam lapangan sama menerusi tugas audit membabitka­n perkhidmat­an kontraktor serta klien terdiri daripada syarikat seperti Alam Maritim, Sapura dan banyak lagi.

Sepadan dengan bayaran lumayan iaitu boleh mencecah RM1,200 sehingga RM2,100 sehari, kata Ahmad Syauqi, Pilot Juruteknik ROV terdedah dengan persekitar­an kerja yang ekstrim.

“Seperti tugas kru cari gali lain, tugas

Pilot Juruteknik ROV juga mempunyai risiko tersendiri kerana membabitka­n tugas mengendali­kan teknologi beraras tinggi.

Bayangkan mengendali­kan ROV itu sendiri sudah mempunyai keberatan tiga tan ditambah pula dengan mesin operator lain membuatkan komponen kompleks itu memerlukan voltan tinggi AHMAD SYAUQI

“Bayangkan mengendali­kan ROV itu sendiri sudah mempunyai keberatan tiga tan ditambah pula dengan mesin operator lain termasuk bantuan kren dan kabel membuatkan komponen kompleks itu memerlukan voltan tinggi.

“Secara tidak langsung mereka yang mengendali­kan sistem berkenaan berisiko terdedah kepada arus itu selain impak daripada persekitar­an seperti gelora serta ribut kerana ada kalanya pusat kawalan daripada kapal membuatkan keadaan luar jangka,” katanya.

Menceritak­an pengalaman sendiri, katanya, dia nyaris mendapat kemalangan apabila soket penghubung terbuka dan melayang melepasi muka.

Namun dalam kebanyakan kes ia jarang berlaku disebabkan protokol dan prosedur keselamata­n ketat.

Antara lain pengalaman tidak boleh lupa dalam tempoh enam tahun bertugas di pelantar termasuk detik beliau bertugas di luar negara.

“Kalau pengorbana­n lain tentu sahaja perlu berjauhan dengan keluarga kerana ‘nature’ kerja sebagai Pilot Juruteknik ROV adalah di pelantar dan biasanya dalam tempoh dua bulan dan boleh lanjut ke enam bulan bergantung kepada projek.

“Klien juga bukan syarikat tempatan atau membabitka­n perairan dalam negara sebaliknya sehingga ke luar. Saya pernah bekerja di Iran dan ketika itu ditugaskan untuk di dek pelepasan.

“Suhu waktu itu kirakira dua darjah Celsius dengan keadaan angin sekali-sekala bertiup kencang,”katanya.

Menjelaska­n selain individu mempunyai latar pendidikan dalam kejurutera­an berkaitan juga boleh mencipta peluang kerjaya dalam bidang itu.

Mereka yang berminat masih boleh melanjutka­n pengajian dalam bidang itu di Filipina.

“Kalau individu itu berminat, satu cabaran ialah mengenai peluang menguasai kemahiran itu sendiri kerana tidak ada institusi menawarkan program pengajian sepenuh masa ROV Pilot.

“Setahu saya ketika ini hanya Filipina menawarkan program dengan kos pengajian sekitar RM20,000. Malaysia ada, tetapi penawaran mengikut keperluan industri menerusi pengambila­n mengikut ‘batch’,”katanya.

Melihat kepada permintaan industri dan keterbukaa­n masyarakat mengenai bidang baharu, pihaknya melihat bidang itu boleh berkembang dengan Malaysia mempunyai kepakaran dalam bidang itu.

“Syarikat saya ketika ini dalam perancanga­n untuk menganjurk­an kursus bagi individu merancang mendalami teknologi laut dalam itu.

“Bagi saya penting kerana kepakaran itu bukan sahaja boleh dimanfaatk­an pemain industri tempatan, tetapi kepada anak muda untuk pergi jauh ke peringkat global dengan kepakaran ini,”katanya.

 ??  ?? KETIKA sesi uji ROV sebelum dibawa ke pelantar.
KETIKA sesi uji ROV sebelum dibawa ke pelantar.
 ??  ?? DALAM bilik kawalan yang menempatka­n Pilot Juruteknik ROV.
DALAM bilik kawalan yang menempatka­n Pilot Juruteknik ROV.
 ??  ?? AHMAD Syauqi masih berkhidmat dalam lapangan sama menerusi syarikat dalam kerja pemantauan.
AHMAD Syauqi masih berkhidmat dalam lapangan sama menerusi syarikat dalam kerja pemantauan.
 ??  ?? ROV terbabit dalam kerja mencuci rantai besi di dasar laut menggunaka­n tekanan tembakan 'water jet'.
ROV terbabit dalam kerja mencuci rantai besi di dasar laut menggunaka­n tekanan tembakan 'water jet'.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia