Harian Metro

Peniaga siap sedia

-

“Jika pihak berkuasa mahu melaksanak­an PKPD (Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat­kan) di kawasan ini, saya sudah bersedia,” kata peniaga, Fatimah Abdullah, 62.

Fatimah berkata demikian ketika diminta mengulas perkembang­an semasa penularan Covid-19 Kluster Penjara Reman di sini, semalam.

Fatimah berkata, walaupun tidak pasti sama ada gerai makanannya di Jalan Utama itu terbabit dengan PKPD, namun dia tetap bersedia menghadapi sebarang kemungkina­n.

Biarpun baru sahaja hendak ‘bangun’ selepas kedai ditutup akibat PKP lalu, namun Fatimah percaya tindakan itu adalah jalan terbaik bagi mengekang penularan wabak.

“Gerai di sini memang menjadi tumpuan orang ramai menjamu selera terutama dalam kalangan kakitangan sektor awam dan swasta termasuk ahli keluarga pesakit yang mendapatka­n rawatan di hospital berhampira­n.

“Jika mahu buat PKPD tidak mengapalah, apa boleh buat dan kita ikut sahaja demi kebaikan semua.

“Sebelum ini memang kami tidak menang tangan menguruska­n pelanggan, tetapi sekarang yang minum di sini pun tidak sampai 10 pelanggan,” katanya.

Tinjauan mendapati, kawasan premis yang menempatka­n kira-kira 30 gerai makanan itu lengang berbanding sebelum ini.

Jika mahu buat PKPD tidak mengapalah, apa boleh buat dan kita ikut sahaja demi kebaikan semua”

Fatimah Abdullah

Gerai makanan itu juga terletak berhampira­n penjara dan Hospital Pulau Pinang (HPP).

Kelmarin, Kementeria­n Kesihatan Malaysia (KKM) mengumumka­n 141 kes positif Covid-19 dikesan di Pulau Pinang dan semuanya daripada Kluster Penjara Reman.

Jabatan Penjara kemudian mengumumka­n penguatkua­saan langkah pencegahan Covid-19 di Penjara Reman Pulau Pinang menerusi PKPD secara pentadbira­n bermula semalam, sehingga ke tarikh yang akan diberitahu kelak.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia