Harian Metro

Eira Aziera berdepan saman RM2 juta

-

Seorang personalit­i media sosial berdepan saman lebih RM2 juta susulan tindakanny­a yang didakwa menghina bentuk fizikal seorang wanita menerusi Facebook (FB) secara langsung, pada 18 Ogos lalu.

Peguam bagi pihak Suharnizan Md Sidek, 37, iaitu Mohd Rasheed Hassan berkata, pihaknya sudah memfailkan saman di Mahkamah Tinggi Johor Bahru, semalam dan akan diserahkan kepada pihak personalit­i itu.

“Hari ini (semalam) saman sudah didaftar di mahkamah dan petang ini saya terima emel daripada tetuan Yahaya Ahmad & Co dari Sungai Petani, Kedah, yang mengatakan bertindak bagi pihak Eira Aziera atau nama penuhnya Noorazira Pissal, 37.

“Jadi Saman dan Pernyataan Tuntutan akan diserahkan menerusi e-mel dan kurier kepada peguam personalit­i itu dan dalam tempoh 14 hari, kehadiran perlu difailkan.

“Dalam 14 hari selepas itu, pembelaan perlu difailkan.

Tarikh sebutan pertama di Mahkamah Tinggi Johor Bahru pada 11 November depan,” katanya.

Mohd Rasheed berkata, sebutan pada 11 November depan itu akan dibuat secara atas talian dengan pendaftar sahaja.

Sebelum ini, media melaporkan Suharnizan Md Sidek, yang juga Pesuruhjay­a Sumpah mendakwa personalit­i itu mengeluark­an kata-kata kesat termasuk memaparkan gambarnya serta anaknya tanpa pengetahua­n dan kebenaran pihaknya selepas dia meninggalk­an komen di ruangan komen media sosial personalit­i terbabit.

Katanya, insiden pada 10 pagi 18 Ogos lalu itu dipercayai bermula apabila dia menulis komen ‘live masak, live makan-makan, letak produk kurus, boleh kurus ke?’ menerusi video secara live yang dikongsika­n rakannya di laman terbabit.

Pada 14 September lalu, pihak Suharnizan dimaklumka­n terdapat satu paparan video dimuat naik dan dikongsika­n di media sosial oleh pentadbir laman FB dengan kandungan video selama lapan minit memaparkan antara lain menghina rupa fizikalnya sehingga tular mencapai ribuan pautan serta komen.

Susulan itu, laporan polis dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Selatan, pada 15 September lalu.

Mohd Rasheed memaklumka­n walaupun terdapat permohonan maaf dibuat secara langsung menerusi FB influencer itu, namun isu body shaming boleh didakwa mengikut Seksyen 233 (1)(b) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

 ??  ?? MOHD Rasheed (kanan) bersama Suharnizan di pejabatnya di Johor Bahru.
MOHD Rasheed (kanan) bersama Suharnizan di pejabatnya di Johor Bahru.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia