AS keluar perintah halang guna WeChat, TikTok
Washington:
Amerika Syarikat (AS) mengeluarkan perintah melarang muat turun aplikasi video popular, TikTok dan menyekat penggunaan aplikasi China, WeChat, mulai hari ini.
Bagaimanapun, pengguna TikTok yang sudah memuat turun aplikasi itu masih boleh mengakses perkhidmatan itu hingga 12 November depan.
TikTok yang dimiliki syarikat dari China, ByteDance manakala WeChat milik Tencent didakwa menggunakan aplikasi itu untuk mengancam keamanan nasional, dasar luar serta ekonomi AS.
Jangka masa itu berpotensi memungkinkan hubungan antara TikTok dan syarikat AS yang diperintah pentadbiran Donald Trump untuk melindungi data bagi aplikasi hiburan popular itu.
Pegawai AS menyifatkan langkah itu penting bagi keselamatan negara kerana Presiden AS, Donald Trump kini bergelut dengan Beijing dalam beberapa isu sehingga menyukarkan kempen pemilihan semulanya.
Setiausaha Perdagangan AS, Wilbur Ross, dalam satu kenyataan berkata, Parti Komunis China menunjukkan cara dan motif untuk menggunakan aplikasi itu untuk mengancam keamanan nasional, dasar luar serta ekonomi AS.
TikTok dalam satu kenyataan semalam mengecam larangan AS itu dan mengatakan terus menghalang tindakan keras pentadbiran Trump.
“Kami tidak setuju dengan keputusan Jabatan Perdagangan AS dan kecewa dengan larangan memuat turun aplikasi ini mulai esok (hari ini) kerana ia menghalang ruang hiburan, meluahkan diri serta perhubungan,” katanya.
Tindakan itu secara langsung melumpuhkan penggunaan WeChat di AS, yang digunakan untuk membuat pesanan, membeli-belah, pembayaran dan perkhidmatan lain.
Sementara itu, TikTok tidak boleh lagi diakses daripada pasaran dalam talian dikendalikan Apple dan Google. -Agensi