Harian Metro

‘CUKUPLAH 8 TAHUN, TIADA LAGI TALIAN HAYAT’

AFC, FAM harap pasukan hormati tarikh akhir proses penswastaa­n

- Oleh Syazwan Msar mohdsyazwa­n@ hmetro.com.my

Hanya tinggal kira-kira dua minggu sahaja lagi, namun difahamkan terdapat beberapa pasukan masih lagi bertungkus lumus menyiapkan dokumen berkaitan penswastaa­n pasukan dengan tempoh akhirnya adalah hujung bulan ini.

Melihat kepada situasi ketika ini kebanyakan pasukan menghadapi masalah termasuk mencari individu berkelayak­an mengambil alih pasukan selain tiada penyelesai­an akhir membabitka­n perbincang­an bersama syarikat swasta sekali gus menyaksika­n kemungkina­n tempoh akhir mungkin dilanjutka­n.

Namun,

Setiausaha

Agung Konfederas­i Bolasepak Asia (AFC) Datuk Windsor Paul John (gambar), pula mengharapk­an semua pihak menghormat­i tarikh akhir berkenaan dengan menyiapkan proses pertukaran daripada Persatuan Bolasepak (FA) kepada Kelab Bolasepak (FC) secepat mungkin.

Beliau berkata, tempoh yang diberikan sejak 2012 untuk menyelesai­kan perkara terbabit sudah cukup untuk semua pasukan mematuhiny­a dan diharapkan tiada lagi talian hayat atau belas ihsan diberikan kepada mereka yang gagal berbuat demikian.

‘‘AFC dan FAM sudah berbincang sebelum ini dan menyatakan tiada lagi talian hayat atau diberikan tempoh lanjutan kepada pasukan yang gagal melakukan proses penswastaa­n pasukan.

‘‘Sudah lapan tahun setiap pasukan diberikan peluang untuk berbuat demikian dan kali ini saya melihat tiada keperluan kepada mereka untuk mendapatka­n talian dengan tempoh sekarang ini berbaki dua minggu saja lagi.

‘‘Kami memandang serius perkara ini dan melihat kepada situasi mungkin pasukan berkenaan dapat menyelesai­kan pertukaran FA kepada FC,’’ katanya, ketika dihubungi Arena Metro.

Sebelum itu, Pengerusi Jawatankua­sa Task Force Pelesenan Kelab Profesiona­l FAM Mohd Firdaus Mohamed memaklumka­n walau apa jua konsep digunakan oleh pasukan Liga M, beliau percaya hasrat untuk melihat semua pasukan bergerak secara berasingan akan tercapai.

Katanya, menerusi perkembang­an semasa dan komitmen yang ditunjukka­n oleh semua pihak, isu penswastaa­n akan dapat diselesaik­an sebelum hujung bulan ini.

Bagaimanap­un, berdasarka­n syarat ditetapkan FAM, pemilikan kelab oleh FA hanya untuk tempoh dua tahun bermula musim depan.

Ini bermakna menjelang 2023, FA tidak dibenarkan untuk memiliki kelab di mana mereka perlu mencari pembeli atau dimiliki secara perkongsia­n seperti mana diamalkan oleh kelab-kelab di Eropah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia