Harian Metro

Pertembung­an ‘buku dengan ruas’

- Oleh Rizar Mohd Noor rizar@mediaprima.com.my

Johor Bahru:

Pertembung­an Johor Darul Ta’zim (JDT) yang melayani kunjungan Selangor pada aksi Liga Super di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri, malam ini dianggap pertemuan buku dengan ruas tatkala kedua-dua pasukan memiliki reputasi tinggi dalam saingan liga musim ini.

JDT mengecapi kejayaan muncul juara liga enam musim berturut-turut manakala Selangor tampak gah dengan status pasukan legenda dalam kancah bola sepak negara dan pastinya pertembung­an dua pasukan itu dianggap ‘epik.’

Ditambah pula skuad Harimau Selatan memerlukan kemenangan untuk berada dalam keadaan selesa bagi menghampir­i kejuaraan liga ketujuh musim ini, Selangor pastinya mahu menebus kehampaan prestasi tidak menentu dialami sejak saingan bersambung 28 Ogos lalu akibat pandemik Covid-19.

Namun di sebalik memburu kemenangan ke atas skuad The Red Giants, pengendali JDT tampak enggan terlalu tertekan dan berharap tuah menyebelah­i skuad bimbingann­ya untuk meneruskan pemburuan kejuaraan liga.

“Kami harap dapat terus mencapai kemenangan dengan Selangor di laman sendiri yang pasti tampak sengit dan sedikit tuah untuk mencapai matlamat mempertaha­nkan kejuaraan liga dengan lebih cepat. Kami tidak boleh terlalu selesa dan perlu memikirkan untuk capai kemenangan dalam setiap perlawanan.

‘‘Malah harus berwaspada bagi mengelak berlaku kejutan yang sememangny­a mahu dielakkan,” kata Mora.

Yang pasti, pengendali kelahiran Mexico bakal menurunkan kesebelasa­n terbaik berdepan anak didik B Sathianath­an dan kelibat rangkaian serangan Gonzalo Cabrera, Safawi Rasid dan Diogo Luis Santo akan mengemudi jentera serangan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia