Harian Metro

KOLABORASI IDEA, INSPIRASI

IKEA lancar katalog 2021 tampil pelbagai koleksi terbaharu penuhi cita rasa pelanggan

- Oleh Muhamaad Razis Ismail razis@hmetro.com.my

Pada setiap tahun, katalog IKEA yang menghimpun­kan pelbagai produk antara dinantikan ramai, sama ada untuk mencuci mata atau sebagai sumber inspirasi mendekoras­i rumah.

Baru-baru ini IKEA melancarka­n katalog 2021 yang dipenuhi idea dan inspirasi bermakna dalam menampilka­n pelbagai koleksi terbaharu, kolaborasi menarik serta penyelesai­an mampu milik dengan menyediaka­n lebih banyak pilihan baharu.

Pengarah Peruncitan Negara (Malaysia) IKEA Asia Tenggara, Gerard Jansen berkata, dengan mengambil kira semakin ramai rakyat negara ini menjadikan IKEA sebagai pilihan, pihaknya menyediaka­n katalog baharu yang lebih signifikan berbanding sebelum ini untuk disesuaika­n dengan norma baharu.

“Untuk itu produk yang dihasilkan menggabung­kan idea dan inspirasi pada harga berpatutan untuk memenuhi cita rasa, gaya serta kehendak setiap pelanggan.

“Kami membuat kajian untuk memahami kehendak dan keperluan setiap pelanggan. Malah, memastikan katalog terbaharu ini menyediaka­n sesuatu yang istimewa untuk anda.

“Dengan penyelesai­an mampu milik, kini lebih ramai rakyat Malaysia boleh menghias rumah masingmasi­ng dengan menikmati lebih banyak penjimatan,” katanya dalam sidang media secara dalam talian.

Beliau berkata,

IKEA sentiasa mencari jalan terbaik untuk mengurangk­an kos namun tidak menjejaska­n kualiti produk dihasilkan.

“IKEA menawarkan rangkaian harga lebih rendah sepanjang tahun kepada rakyat Malaysia terhadap lebih 198 produk untuk ruang tamu, dapur, bilik tidur, bilik air dan sebagainya” katanya.

Menurutnya, antara produk baharu yang diketengah­kan adalah JÄTTELIK iaitu koleksi patung dinosaur pelbagai saiz yang memberi peluang kepada ibu bapa membuat kelainan untuk menata rias bilik anak mereka.

“Selain itu, kami menampilka­n koleksi RÅVAROR yang sesuai digunakan untuk mereka yang memiliki ruang kecil dan terhad.

“Semua koleksi JÄTTELIK dan RÅVAROR kini boleh diperoleh di semua gedung IKEA Malaysia,” katanya.

Tambahnya, IKEA turut memperkena­lkan koleksi edisi terhad barangan perabot rumah, SAMMANKOPP­LA bagi memberi lebih pilihan kepada penggemar setianya menghiasi kediaman.

“Koleksi terbaharu yang menggabung­kan elemen gaya jalanan Bangkok dan barangan rumah Scandinavi­a itu dihasilkan menerusi kolaborasi bersama barisan pereka jenama fesyen terkenal Thailand, GREYHOUND ORIGINAL.

“LEGO dan IKEA juga akan bekerjasam­a mengeluark­an koleksi

 ??  ?? PRODUK mampu milik untuk semua lapisan masyarakat.
PRODUK mampu milik untuk semua lapisan masyarakat.
 ??  ?? NAMPAK ringkas, tapi masih menarik.
NAMPAK ringkas, tapi masih menarik.
 ?? FOTO IHSAN IKEA ?? KATALOG IKEA 2021 dinanti ramai.
FOTO IHSAN IKEA KATALOG IKEA 2021 dinanti ramai.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia