Harian Metro

LELAKI JIJIK DIJEL

Mekanik dipenjara 6 tahun, denda RM10,000 memiliki video pornografi kanak-kanak

- Bernama

Seorang mekanik sambilan dihukum penjara enam tahun dan denda RM10,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini, semalam atas dua pertuduhan memiliki dan menyimpan bahan lucah termasuk video pornografi kanak-kanak, minggu lalu.

Hakim Siti Aminah Ghazali turut memerintah­kan Lim Ming Soon, 40, menjalani kaunseling dan diletakkan di bawah pengawasan polis tiga tahun serta dipenjara 12 bulan lagi jika gagal membayar denda.

Lim didakwa memiliki dan menyimpan imej dan video lucah itu di dalam tiga unit pemacu pena, seunit cakera keras, telefon bimbit dan komputer riba miliknya, pada jam 1.30 tengah hari, 11 September lalu di rumahnya di Jalan Haji Ahmad di sini.

Dia dituduh mengikut Seksyen 10 Akta Kesalahan-Kesalahan

Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang memperuntu­kkan hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda tidak melebihi RM10,000 atau kedua-duanya. Tertuduh turut didakwa mengikut Seksyen 292(a) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum tiga tahun atau denda atau kedua-duanya kerana memiliki gambar dan video lucah pada masa, tarikh dan lokasi sama.

Pada prosiding itu, peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan, Rahiza Zulkifli yang mewakili tertuduh merayu anak guamnya dikenakan hukuman ringan dengan alasan lelaki itu tidak mempunyai pendapatan tetap selain menjaga ibu bapa uzur.

Timbalan Pendakwa Raya, Nasrul Hadi Abdul Ghani memohon mahkamah menjatuhka­n hukuman maksimum sebagai pengajaran kepada tertuduh dan orang awam, mengambil kira kes itu membabitka­n kepentinga­n awam terutama kanak-kanak.

Tertuduh diarah jalani kaunseling dan diletakkan di bawah pengawasan polis tiga tahun

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia