Harian Metro

DITUDUH 8 KALI MENIPU

Bekas peguam mengaku tidak bersalah perdaya seorang lelaki berkaitan wang RM4.36j

- Bernama

Bekas peguam mengaku tidak bersalah di dua Mahkamah Majistret di sini, semalam, atas lapan pertuduhan memperdaya­kan seorang lelaki berkaitan pengeluara­n wang komisen berjumlah RM4.36 juta, dua tahun lalu.

Tertuduh, N G Annie Maria, 60, membuat pengakuan itu selepas semua lapan pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret V Vanita dan Majistret Mahyun Yusof pada prosiding kes yang dijalankan secara berasingan.

Mengikut pertuduhan pertama hingga kelima yang dibaca di hadapan Majistret Vanita, tertuduh didakwa menipu Jude Ignatius Lazaroo, 59, untuk melakukan pengeluara­n wang komisen berjumlah RM4.36 juta dari Bank Negara Malaysia (BNM).

Tertuduh berjanji akan memberi wang imbuhan untuknya sehingga mendorong mangsa memasukkan wang berjumlah RM17,400

Majistret benar tertuduh diikat jamin masing-masing sebanyak RM11,000 dan RM15,000 dengan seorang penjamin

ke dalam akaun CIMB Bank milik tertuduh sedangkan pengeluara­n wang komisen itu tidak wujud.

Bagi pertuduhan keenam hingga kelapan yang dibacakan di hadapan Majistret Mahyun, Annie Maria didakwa menipu individu sama bagi tujuan sama sehingga mendorongn­ya memasukkan wang keseluruha­n berjumlah RM39,900 ke dalam akaun bank yang sama.

Semua kesalahan itu dilakukan di Wisma TNB, No 19, Jalan Timur, Petaling Jaya, Selangor dan di No 31 Off Persiaran Seremban 3, Seremban antara 9 Februari 2018 hingga 22 Februari 2019.

Semua pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntu­kkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan dengan sebat dan boleh juga dikenakan denda jika sabit kesalahan.

Pendakwaan di hadapan Majistret Vanita dikendalik­an Pegawai Pendakwa Polis Diraja Malaysia L Rathna dan Timbalan Pendakwa Raya Hafizah Zainol mengendali­kan pendakwaan di hadapan Majistret Mahyun manakala tertuduh diwakili peguam M Gobinathan.

Gobinathan ketika rayuan di kedua-dua mahkamah memohon supaya anak guamnya diberikan jaminan yang rendah memandangk­an dia sudah lima tahun tidak bekerja selain perlu menanggung bapanya yang sudah tua.

Majistret Vanita dan Majistret Mahyun membenarka­n tertuduh diikat jamin masing-masing sebanyak RM11,000 dan RM15,000 dengan seorang penjamin.

Kedua-dua mahkamah menetapkan 1 Oktober ini sebagai tarikh serahan dokumen.

 ??  ?? ANNIE (tengah) dihadapkan ke Mahkamah Majistret Seremban atas lapan pertuduhan penipuan membabitka­n nilai RM57,300.
ANNIE (tengah) dihadapkan ke Mahkamah Majistret Seremban atas lapan pertuduhan penipuan membabitka­n nilai RM57,300.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia