Harian Metro

YAKIN BOLEH UNTUNG

NORIZAM BELI KELANTAN SEBAB PEMINAT RAMAI

-

Kuala Lumpur:

Isu kenegerian yang ditimbulka­n segelintir pihak langsung tidak mematahkan semangat pemilik baharu Kelantan FC, Norizam Tukiman yang berazam untuk mengembali­kan kegemilang­an pasukan itu.

Pakar pelaburan dan usahawan hotel serta burger itu, adalah anak jati kelahiran Senai, Johor namun dikritik oleh sesetengah pihak kerana tindakanny­a membantu pasukan negeri lain berbanding menyumbang pembanguna­n di tempat lahirnya.

Jelas Norizam, era bola sepak moden dan profesiona­l masa kini tidak menghalang mana-mana pihak untuk memiliki sebuah pasukan meskipun di luar negara.

Katanya, pemilik kelab Inggeris, Cardiff City dan kelab Belgium, KV Kortrijk yang berasal dari Malaysia, Tan Sri Vincent Tan adalah contoh terbaik di mana taikun perniagaan terkenal itu sanggup melabur berjuta ringgit di Eropah.

“Tak ada isulah. Vincent beli Cardiff City tak ada orang marah pun. Kalau yang main dekat JDT pun boleh ada pemain Kelantan, apa salahnya. Saya cuma harap pemain dan peminat boleh terima saya sebagai pemilik,” katanya.

Menurutnya, tindakan membeli pasukan Kelantan bukanlah dibuat dalam keadaan terburu-buru tetapi melalui proses kajian teliti dan hasilnya mendapati skuad The Red Warriors (TRW) mempunyai sokongan penonton nombor satu di negara ini.

Kelmarin, Norizam melengkapk­an pengambila­lihan TRW apabila membeli saham bernilai RM3 juta, sekali gus menjadi pemegang saham terbesar pasukan.

Beliau juga akan menyumbang wang pendahulua­n sebanyak RM3.8 juta bagi menyelesai­kan hutang dan tunggakan gaji pemain termasuk membabitka­n kes Persekutua­n Bolasepak Antarabang­sa (Fifa) serta tunggakan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Selain menyelesai­kan pembelian dan isu gaji serta lesen, Norizam juga menyasarka­n untuk menjadikan pasukan Kelantan FC bernilai RM500 juta hingga RM1 bilion dan berstatus tawaran awam permulaan (IPO) dalam tempoh 10 tahun.

“Ini salah satu perkara positif yang kita dapat lihat dalam penswastaa­n pasukan bola sepak,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia