Harian Metro

KHAIRUL BOLEH LARI BAWAH 10 SAAT

Miller optimis pelari pertahan kejuaraan di Sukan Sea Vietnam

- Oleh Aida Adilah Mat aida_adilah@ hmetro.com.my

Pengarah teknikal olahraga, Dwayne Miller yakin Malaysia mampu untuk mempertaha­nkan emas pada temasya Sukan Sea Vietnam tahun depan menerusi Khairul Hafiz Jantan atau Haiqal Hanafi.

Malah bukan itu saja, beliau yang mula membimseja­k bing skuad olahraga Oktober tahun lalu berkata, akan ada pelari negara mampu untuk melakarkan catatan di bawah 10 saat (s).

Namun semula itu perlu berdasarka­n strategi betul dan pelari perlu bebas daripada sebarang kecederaya­ng an.

Kata Miller, antara mempunyai potensi untuk melakukan catatan itu adalah Khairul Hafiz kerana dia seorang pelari berbakat dan tidak mustahil atlet kelahiran Melaka itu mampu menjadi atlet Malaysia pertama berlari di bawah 10s.

“Saya rasa tiada masalah untuk Khairul melakukan catatan itu. Untuk itu dia perlu memassepet­ikan dirinya cergas nuhnya dan bebas daripada sebarang kecederaan. Dia perlu kembali mendapatka­n semula rentak larian sama seperti ketika dia melakukan catatan 10.18s,” katanya.

Catatan terbaik atlet kelahiran Merlimau itu adalah 10.18s dicatatkan pada Sukan Malaysia (Sukma) Sarawak 2016, yang juga rekod kebangsaan.

Bagaimanap­un, rentak larian terjejas tahun lalu berikutan dihantui kecederaan berulang yang berpunca daripada kecederaan hamstring selepas dia merangkul emas di Sukan Sea Kuala Lumpur pada

2017.

Kecederaan itu menyebabka­n dia gagalmelay­akkandiri ke temasya Sukan

Sea Filipina, namun Haiqal menjadi wira negara apabila melakarkan kejutan mempertaha­nkan emas di Sukan Sea. Tegas Miller, memang beliau akui Khairul adalah pelari pantas, namun perlu diingat pantas tidak semestinya cergas.

“Selepas dua minggu saya lihat dia dan Haiqal masih belum mencapai tahap kecergasan optimum. Kecergasan adalah aspek penting yang perlu diberi keutamaan kerana jika atlet tidak cergas itu yang mengundang kepada kecederaan. “Bagaimanap­un tidak mengapa, ketika ini tidak ada apa yang perlu dikejarkan kerana tiada sebarang pertanding­an. Masih ada banyak masa lagi sebelum Sukan Sea. Banyak perkara yang boleh dilakukan sekarang ini dalam usaha membentuk seorang pelari pecut terbaik,” katanya.

Ketika ini seramai 13 atlet di bawah pengawasan Miller termasuk barisan pelari pecut terdiri daripada Jonathan Nyepa dan Zulfiqar Ismail. Beliau turut membimbing pelari 400 meter seperti Ruslem Zikry Putra.

Selain atlet lelaki, barisan atlet pecut wanita turut di bawah kendaliann­ya.

 ??  ?? MILLER
MILLER

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia