Harian Metro

Pertingkat LazzMall sempena 9.9 Big Brands Sale

-

Lazada, platform e-dagang terkemuka di Malaysia memperting­kat ciri dan perkhidmat­an LazMall sempena jualan 9.9 Big Brands Sale. Acara jualan 9.9 tahun ini turut menampilka­n pelbagai tawaran menarik dan eksklusif hanya di Lazada dengan lebih banyak penawaran hiburan-sambil-membeli-belah termasuk penstriman secara langsung dan mata ganjaran.

Ketua Pegawai Eksekutif Lazada Malaysia, Leo Chow berkata, semua festival beli-belah di Lazada, termasuk 9.9 Big Brands Sale ini menjadi pemacu utama pertumbuha­n sektor e-dagang negara serta berperanan secara langsung dalam merevolusi­kan cara orang ramai membeli-belah.

“Tahun ini kami dengan sukacitany­a menawarkan pengguna kami pengalaman beli-belah yang sudah dipertingk­atkan dengan LazMall 2.0.

“Lebih 99 jenama baharu di Lazada ditawarkan, ia menjadi bukti jelas kecemerlan­gan serta keyakinan berterusan jenama antarabang­sa dan tempatan terhadap Lazada,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurutnya, pengunjung boleh menikmati pelbagai promosi tanpa henti selama 24 jam termasuk Crazy Brand Mega Offers dengan diskaun hingga 90 peratus barangan terpilih dalam RM1 Crazy Flash Sale dan peluang untuk menebus telefon pintar Oppo Reno 4.

Bagi meningkatk­an lagi janji jenamanya kepada pengguna, empat ciri terbaharu yang akan diperkenal­kan dalam platform ini adalah tandingi harga, jenama untuk anda, direktori jenama dan ciri butang follow.

Selain itu, pelanggan boleh menikmati baucar diskaun istimewa sebanyak 50 peratus yang boleh ditebus apabila mereka menggunaka­n Lazada Wallet ke atas lebih 50 jenama ketika 9.9 Big Brands Sale.

 ??  ?? LEO
LEO

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia