Harian Metro

Dua minggu tinggal dalam kereta

-

Johor Bahru: Zulkifli Ainul Mokhsein, 32, yang juga orang kurang upaya (OKU) bisu dan pekak pernah tinggal dalam kereta selama dua minggu akibat kesusahan hidup selepas berhenti kerja apabila disahkan menghidap barah Lymphoma tahap empat tahun lalu.

Sebelum itu, Zulkifli bekerja sebagai pemandu lori namun sejak disahkan menghidap barah itu, dia tidak dapat melakukan kerja berat.

Akibat tidak mampu menyewa rumah, Zulkifli dan isteri serta dua anak mereka terpaksa menjadikan Proton Iswara lama sebagai kediaman sementara.

“Bagaimanap­un, kami bersyukur kerana tidak lama kemudian, kami sekeluarga mendapat rumah di

Projek Perumahan Rakyat (PPR) Setia Indah,” katanya ditemui di kediamanny­a.

Untuk berinterak­si, Zulkifli menggunaka­n pen dan kertas selain aplikasi WhatsApp.

Menurut Zulkifli, kehidupan mereka sekeluarga agak getir, malah dia memerlukan sumber kewangan kukuh untuk perbelanja­an keluarga selain rawatan.

“Sebelum ini, isteri, Siti Nuratikah Mohd Suhaimi, berusia 27 tahun, bekerja di kilang kotak, tetapi terpaksa berhenti sejak setahun lalu kerana perlu menjaga anak-anak dan saya yang sakit.

“Saya sudah menjalani 16 kali rawatan kimoterapi di Hospital Sultanah Aminah (HSA) Johor Bahru dan akan menyambung­nya pada September ini,” katanya.

Menurut Zulkifli, sebagai ikhtiar mencari sumber kewangan sendiri, dia dan isteri menjual karipap sejuk beku dikenali sebagai Epok-Epok OKU.

Katanya, karipap berintikan kentang, daging dan ayam ini dijual pada harga RM15 untuk 20 keping.

Zulkifli memohon orang ramai untuk membantuny­a dengan membeli Epok-Epok

OKU berkenaan.

Bagi mereka yang mahu membeli Epok-Epok OKU, bolehlah mengirim WhatsApp ke talian 013-7428343.

“Rakan saya banyak membantu kami memulakan perniagaan karipap ini, dia belikan peti sejuk beku dan mesin meleperkan doh.

“Saya tidak mahu bergantung kepada bantuan bulanan RM400 daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) semata-mata.

“Kami perlu berusaha bersungguh-sungguh mencari pendapatan untuk menyara anak-anak yang berusia setahun dan empat tahun,” katanya.

Orang ramai yang mahu membantu keluarga ini juga boleh menyalurka­n bantuan ke akaun Maybank di 1012800319­78 atas nama Zulkifli Ainul Mokhsein.

Saya sudah menjalani 16 kali rawatan kimoterapi di Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru dan akan menyambung­nya pada September ini”

Zulkifli

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia