HIKMAH MALAM JUMAAT
Sah bergelar isteri anak kepada timbalan menteri malam tadi
Pelakon popular Mira Filzah, 27, sah bergelar suami kepada Wan Emir Astar Wan Mohammad Khair-il Anuar, 30, anak Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas), Datin Mastura Mohd Yazid dalam majlis pernikahan yang berlangsung di Sime Darby Convention Centre di sini, 8.58 malam tadi.
Pasangan itu dinikahkan bapa Mira, Badioezaman Ab Khalik.
Pada majlis berkenaan, pihak lelaki menyerahkan mas kahwin berupa gelang tangan dan sembilan dulang hantaran serta berbalas 11 daripada pihak perempuan.
Bagaimanapun, jumlah wang hantaran dirahsiakan.
Antara hantaran istimewa Mira kepada Emir adalah jam tangan yang dihantar khas ke Hong
Kong untuk proses pengukiran ‘nota pendek’ Mira kepada suami tercinta.
Tidak hanya itu, lima daripada 11 hantaran dari pelakon itu dibuat sendiri nenek Mira yang kini berusia 81 tahun. Antaranya adalah kek fondant, tepak sirih, halwa dan biskut serta sirih junjung.
Selain itu, kek pernikahan Mira juga dibuat oleh air tangan nenek Mira.
Majlis pernikahan itu bertemakan Mihrab Cinta yang berkonsepkan kubah berbentuk Islamik kerana mengikut cita rasa Emir memandangkan dia seorang arkitek yang meminati struktur dan ciptaan bangunan.
Mira berkata, pertemuan pertamanya dengan jejaka berkelulusan dari United Kingdom itu ialah pada Oktober tahun lalu dan ketika itu dia ditemani rakan baiknya.
“Sebelum itu, pada Ramadan tahun lalu, Emir ada menghantar mesej peribadi (DM) di Instagram dengan berkongsi mesej kerohanian, tetapi saya tak layan.
“Percubaannya tidak terhenti di situ apabila menghantar pula DM kepada emak. Kebetulan emak mengenali arwah bapa Emir, jadi mereka saling berkomunikasi. Sehinggalah emak minta saya supaya mengenali
Emir dan minta saya berjumpa dengannya. Punca saya terbuka hati semuanya disebabkan ibu dan bapa. Jadi saya pun membalas DM daripada Emir dan hubungan itu berlanjutan ke aplikasi WhatsApp,” katanya sekali gus menyangkal dakwaan sebelum ini mengatakan Emir adalah teman sekolahnya.
Dalam pada itu, Mira berkata, pernikahan yang sepatutnya berlangsung Oktober depan itu dipercepatkan berikutan kakak sulungnya yang menetap di New York, Amerika Syarikat tidak dapat berada di sini untuk tempoh panjang.
“Sebenarnya pemilihan tarikh perkahwinan yang dilaporkan media sebelum ini adalah betul. Saya dan Emir memang merancang bernikah Oktober depan.
“Namun, disebabkan kakak tidak boleh berulang-alik dengan kerap kerana terpaksa menjalani tempoh kuarantin 14 hari, jadi saya ambil keputusan mempercepatkan tarikh pernikahan manakala adik bongsu pula terpaksa menunda sedikit pernikahannya supaya kakak boleh menyaksikan hari bahagia kami berdua,” katanya.
Mira berkata, selain majlis pernikahan malam tadi, dia bakal mengadakan dua lagi majlis resepsi di Le Meridien, Putrajaya, hari ini dan di A-Park, Puchong, Ahad ini.
“Ketiga-tiga majlis ini saya keluarkan bajet sendiri kerana tidak mahu bergantung dengan tajaan selain memberi kepuasan berbeza. Jujur saya rasa lebih berbaloi keluarkan wang sendiri kerana saya boleh berkongsi idea dan tema yang diimpikan untuk majlis perkahwinan sekali dalam seumur hidup ini,” katanya.
Majlis pernikahan pasangan itu turut dipancarkan selama 10 minit menerusi program M Buzz di TV3 jam 9 malam tadi manakala siaran langsung pernikahan pada jam 8.30 malam boleh disaksikan di saluran YouTube TV3.
“Punca saya terbuka hati semuanya disebabkan ibu dan bapa Mira Filzah